BEIJING: Seramai 102 cedera selepas tren bawah tanah yang mereka naiki berlanggar pada petang Khamis di laluan Changping di Beijing, lapor Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan pada Jumaat.

Siasatan awal menunjukkan nahas itu berlaku akibat landasan licin kerana diselaputi salji menyebabkan sebuah tren tidak sempat membrek sebelum melanggar tren yang berhenti di hadapan, menurut Suruhanjaya Pengangkutan Perbandaran Beijing.

Pihak berkuasa perbandaran mengarahkan pasukan penyiasat menjalankan siasatan lanjut mengenai punca kejadian.

Beijing dilanda salji tebal pada Khamis.

-- BERNAMA