DUNIA
Beijing akan bina sekurang-kurangnya 20 kilang 5G menjelang 2027

Keutamaan akan diberikan kepada pengoptimuman liputan rangkaian 5G di zon perkilangan utama dan kawasan padat perusahaan.
BEIJING: Beijing perkenalkan rancangan untuk mempercepat integrasi antara 5G dan Internet industri, dengan matlamat membina sekurang-kurangnya 20 kilang berteknologi 5G menjelang 2027, lapor Xinhua.
Menurut pelan pelaksanaan pembangunan inovasi Internet industri 5G+ Beijing (2025-2027) yang dikeluarkan secara bersama oleh Biro Ekonomi dan Teknologi Maklumat Perbandaran Beijing dan Pentadbiran Komunikasi Beijing, bandar raya itu juga akan menubuhkan tidak kurang daripada 50 rangkaian industri khusus berasaskan 5G dan membangunkan jumlah yang sama bagi pembekal penyelesaian aplikasi 5G yang menyeluruh dan khusus industri.
Keutamaan akan diberikan kepada pengoptimuman liputan rangkaian 5G di zon perkilangan utama dan kawasan padat perusahaan, dengan penggunaan rangkaian peribadi 5G industri dan 5G-Advanced (5G-A).
Syarikat terkemuka dalam sektor seperti elektronik, automotif, peralatan dan biofarmaseutikal akan memainkan peranan utama dalam pembinaan kilang berasaskan 5G, menurut biro ekonomi dan teknologi maklumat.Beijing juga akan menggalakkan inovasi teknologi dengan menguji aplikasi 5G dalam bidang seperti pembuatan industri, kenderaan bersambung dan penjagaan kesihatan.
Bandar raya itu turut merancang untuk memajukan penyelidikan dan pelaksanaan awal teknologi 6G dalam persekitaran industri.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami