Solat asas pembinaan keadilan, keharmonian sejagat - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata antara peristiwa agung dalam perjalanan Israk dan Mikraj Rasulullah SAW ialah penerimaan langsung perintah solat lima waktu sebagai ibadah teras dalam kehidupan seorang Muslim. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata antara peristiwa agung dalam perjalanan Israk dan Mikraj Rasulullah SAW ialah penerimaan langsung perintah solat lima waktu sebagai ibadah teras dalam kehidupan seorang Muslim.
Ringkasan AI
- Solat lima waktu adalah ibadah teras dalam kehidupan seorang Muslim, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Anwar menegaskan bahawa solat melibatkan aspek mendalam yang mempengaruhi pembentukan individu, keluarga, masyarakat, dan negara.
- Beliau menyeru untuk mencapai keadilan sebagai tanggungjawab bersama untuk mengekalkan keharmonian masyarakat dan menolak naratif permusuhan yang merosakkan kehidupan berdampingan global.
"Dalam bab "Tatmim al-Fa'idah", Syeikh Daud menyentuh mengenai ibadah solat namun jauh daripada itu mengaitkan dengan prinsip keadilan.
"Keadilan adalah tentang keseimbangan dan wujud secara beriringan dengan fenomena convivencia global, iaitu keadaan yang masyarakat sejagat hidup bersama dalam budaya damai," kata beliau menerusi hantaran di Facebook malam ini.
Perdana Menteri berkata usaha mencapai keadilan merupakan tanggungjawab bersama, sama ada oleh Muslim atau bukan Muslim, demi merealisasikan matlamat kemanusiaan sejagat.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak terus memelihara kehidupan secara rukun dan damai, selain menolak prasangka, stereotaip palsu dan naratif permusuhan yang boleh menghancurkan keharmonian masyarakat.
"Pada masa yang sama mesti tetap tawaduk dan rendah hati, kerana kita mungkin tidak mempunyai jawapan yang tepat. Bahkan jika kita mendapat jawapan sekalipun, kita tidak boleh terlalu gopoh dan tergesa-gesa menganggapnya sebagai penyelesaian yang tuntas," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


