JAKARTA: Bekalan dadah sintetik di Timur dan Tenggara Asia masih berada pada tahap ekstrem dan dilihat semakin pelbagai, menurut laporan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC).
Laporan baru-baru ini mendapati methamphetamine terus dihasilkan dengan banyak dan diseludup dari dan ke rantau ini, manakala pengeluaran ketamine dan dadah sintetik semakin berkembang.
Laporan UNODC juga mengesahkan pengembangan, penghasilan dan penyeludupan dadah sintetik di rantau ini, manakala laluan penyeludupan telah berubah secara ketara.
"Kumpulan jenayah di seluruh rantau juga mula menyambung semula kegiatan jenayah selepas penutupan sempadan pandemik yang panjang, sejak akhir 2022 dan awal 2023," kata wakil serantau UNODC untuk Asia Tenggara dan Pasifik, Jeremy Douglas.
Kumpulan jenayah antarabangsa menyesuaikan diri dan cuba memintas undang-undang diambil kerajaan serta bekerja di sekitar sempadan Thailand di Golden Triangle tahun lepas ketika negara-negara meningkatkan tindakan memberantas perdagangan dadah.
Mereka menyeludup dadah melalui Laos dan utara Thailand dan mengedarkan bekalan melalui Myanmar ke Laut Andaman.
Menurut laporan, rampasan methamphetamine pada 2022 kembali kepada tahap sebelum COVID-19 dengan hampir 151 tan disita di sempadan darat, terutamanya di subwilayah Mekong.
Usaha pelaksanaan undang-undang yang diperketat di Yunnan, China dan di sepanjang sempadan Thailand dengan Myanmar mengakibatkan penurunan tahap rampasan dengan ketara di China dan sedikit penurunan di Thailand.
Selain methamphetamine, rantau ini merampas 27.4 tan ketamine pada 2022, naik 167 peratus daripada tahun sebelumnya, dengan semua negara dan wilayah di rantau ini melaporkan peningkatan kecuali Hong Kong, China.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 05 2023

Menurut laporan, rampasan methamphetamine pada 2022 kembali kepada tahap sebelum COVID-19 dengan hampir 151 tan disita di sempadan darat, terutamanya di subwilayah Mekong. - Foto UNODC

Johari wakili Kerajaan Malaysia, saksikan pembukaan Sukan Asia ke-19 oleh Xi Jinping
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul bakal mewakili Kerajaan Malaysia untuk menyaksikan pembukaan rasmi temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 pada Sabtu.

Malaysia sudah bersedia main peranan penting di peringkat PBB - Sufian Jusoh
Kenyataan negara yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan Malaysia bersedia untuk memainkan peranan lebih penting.

Penjaga anjing K9 'Blake' peluk Islam
Penjaga anjing pengesan K9 bernama Blake, Salbuddin Salleh membuat kejutan apabila membuat keputusan untuk memeluk agama Islam.

Sarawak mahu wakil dalam Majlis Tenaga Negara - Abang Johari
Beliau telah menyampaikan permohonan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu Mesyuarat Kabinet di Kuching pada 16 Sept lepas.

Pemandu didakwa sengaja tinggal penumpang lewat seminit, Mara Liner tampil mohon maaf
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zachary Ismail pihaknya turut memberi jaminan bahawa insiden berkenaan tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.

PRK Pelangai: Jangan sentuh isu 3R - Polis
Polis berkata pihak bertanding dalam PRK itu juga perlu memohon permit ceramah daripada polis bagi tujuan keselamatan selain tidak melakukan perbuatan seperti merosakkan bahan kempen pihak lawan.

Pengurusan Mahkamah Syariah hendaklah terus diperkasa, ditambah baik - Agong
Yang di-Pertuan Agong bertitah agar pengurusan Mahkamah Syariah termasuk kedudukan hakim dan peguam syarie perlu terus diperkasa.
Fokus Minggu Depan: Nasi kandar, sama tapi tak serupa
#FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang terjadi dalam dan luar negara.

Ayda Jebat bakal timang anak lelaki
Pengumuman itu dibuat menerusi pelancaran klip video dan lagu terbaharunya, Be Mine.
Maritim Malaysia sertai ISS 25, perkukuh kerjasama antarabangsa
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah dijemput menyertai International Seapower Symposium yang ke 25 (ISS-25) tahun ini anjuran Pejabat Chief of Naval Operations, United States Navy.

Hangzhou bersedia anjurkan Sukan Asia
China bersedia sepenuhnya untuk penganjuran Sukan Asia yang mencapai standard Olimpik, dari 23 Sept hingga 8 Okt selepas tertangguh setahun susulan pandemik COVID-19.

Kemajuan LCS antara 4 laporan dibentang pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat Oktober ini
Laporan Kemajuan Projek Pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua - Kapal Tempur Pesisir (LCS) adalah antara empat laporan yang akan dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat, Oktober ini.

WHO gesa China kemuka maklumat asal usul COVID-19
Badan itu mendesak China untuk memberikan akses secara penuh dan bersedia untuk mengadakan mesyuarat dua hala bersama negara itu.

Ronaldo tuntut Juventus bayar tunggakan gaji RM99.5 juta
Cristiano Ronaldo bercadang mengambil tindakan undang-undang ke atas Juventus yang belum membayar tunggakan gajinya ketika pandemik COVID-19.

Ahli farmasi Jerman keluar amaran mengenai kekurangan serius ubat-ubatan
Tahun lepas, terdapat kekurangan antibiotik yang teruk dan beberapa ubat untuk kanak-kanak, selepas gelombang jangkitan.

Putera Jepun Hisahito dijangkiti COVID-19
Putera Jepun Hisahito disahkan dijangkiti COVID-19, lapor Sputnik. Putera Hisahito, 17 ialah anak tunggal Putera Mahkota Akishino (Fumihito) bersama Puteri Mahkota Kiko.

Pengurusan COVID-19: PAC panggil Ka Siong Khamis depan
Prosiding itu dijadualkan pada 21 September depan dengan PAC akan turut memanggil bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min.

COVID-19: England kenal pasti 34 kes varian bermutasi tinggi
Daripada 34 kes itu, lima pesakit dimasukkan ke hospital dan tiada kematian dikaitkan dengan varian baharu yang muncul.

RMK12: Ekonomi dunia diunjur berkembang 3.1 peratus setahun
Ekonomi dunia diunjurkan berkembang sebanyak 3.1 peratus setahun dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) 2023 hingga 2025.

Klook rai ulang tahun kesembilan, pertumbuhan memberangsangkan pasca COVID-19
Platform tempahan pelancongan dalam talian, Klook bangkit semula dengan prestasi memberangsangkan, sekali gus menandakan kejayaannya di ulang tahun kesembilan.