Skip to main content

Malaysia

Sultan Pahang kurnia sumbangan kepada waris pasangan maut kemalangan di Pekan

KUANTAN, 28 Mei 2026 - Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menzahirkan ucapan takziah dan berkenan mengurniakan sumbangan kepada waris mangsa kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat, awal pagi semalam.
Sumbangan Al-Sultan Abdullah disampaikan kepada waris Inspektor Syah Lokman Ludza Ramli dan isterinya Nurulfiza Ardiana Ambak di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, 28 Mei 2026. - Foto Facebook Kesultanan Pahang
Advertisement

KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah dan berkenan mengurniakan sumbangan kepada waris pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat di Pekan awal pagi Rabu.

Kesultanan Pahang menerusi hantaran di Facebook memaklumkan sumbangan baginda disampaikan Setiausaha Sulit Khas Sultan Pahang Tok Aria Rakna Ahmad Norbadelin Abdul Murad kepada waris Inspektor Syah Lokman Ludza Ramli, 50, dan isterinya Nurulfiza Ardiana Ambak, 46, di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini pada Khamis.

Menurut hantaran itu, dua anak pasangan itu Mohammad Adib Syah Lokman Ludza, 18, dan Mohammad Aqif Syah Lokman Ludza, 10, kini dirawat di hospital berkenaan akibat kecederaan yang dialami dalam kemalangan itu.

Syah Lokman Ludza yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan Nurulfiza Ardiana dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

“Ketika kejadian, pasangan itu bersama empat anak mereka sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Negeri Sembilan untuk menyambut Aidiladha,” menurut hantaran itu.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement