awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: RESET langkah penting pemodenan sistem kesihatan negara
Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan
Dua jeti di Port Dickson berwajah baharu, beri nilai tambah pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan makanan: Singapura lulus import telur ayam dari Brunei

Astro Awani
Astro Awani
13/12/2022
13:04 MYT
Bekalan makanan: Singapura lulus import telur ayam dari Brunei
Kelulusan itu dibuat selepas lawatan rasmi tiga hari Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar, Grace Fu ke Brunei bermula 13 Disember - Foto/Kementerian Kelestarian dan Alam Sekitar Singapura
SINGAPURA: Singapura meluluskan import telur ayam dari Brunei sebagai usaha menambah bekalan sumber makanan dalam negara.
Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kelulusan itu dibuat selepas lawatan rasmi tiga hari Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar, Grace Fu ke Brunei bermula 13 Disember.
Jelas SFA, pentauliahan berkenaan diberikan kepada Golden Chick, yang menjadi ladang ternakan pertama Brunei yang mengeksport telur ayam ke Singapura.
Kelulusan eksport telur ayam berkenaan menyaksikan jumlah negara eksport yang diluluskan meningkat kepada 17 berbanding 12 pada 2019.
"Pentauliahan Brunei sebagai sumber baharu negara bagi telur ayam adalah satu lagi langkah ke arah meningkatkan kerjasama makanan antara kedua-dua negara memandangkan Brunei ingin mengeluarkan telur ayam untuk dieksport, manakala Singapura mempelbagaikan lagi sumber import telur ayam," kata SFA dalam kenyataan berkenaan.
SFA berkata pengeluaran telur ayam tempatan kini menyumbang kepada kira-kira 30 peratus daripada jumlah penggunaan telur ayam Singapura.
Kata agensi itu, usaha untuk mempelbagaikan bekalan telur negara sejak tiga tahun lalu telah membantu Singapura menahan gangguan bekalan susulan kejadian luar jangka akibat isu penyakit dan ketegangan geopolitik, sekali gus memastikan bekalan telur yang stabil.
"SFA akan terus aktif mengakreditasi sumber baharu, bekerjasama rapat dengan industri untuk mempelbagaikan bekalan dan mengukuhkan daya tahan termasuk melalui Perancangan Kesinambungan Perniagaan," kata agensi itu lagi.
Dalam masa yang sama, SFA yakin pembangunan ladang telur ayam keempat mampu memenuhi kira-kira 50 peratus daripada permintaan telur Singapura.
Grace dalam lawatan rasmi turut mengukuhkan kerjasama kedua-dua negara melibatkan sektor agro makanan, alam sekitar, pengurusan sumber air serta perubahan iklim.
Topic Berkaitan
#telur ayam
#Singapura import telur ayam
#bekalan makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan