awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
Pengurusan tanah perkuburan Islam di Perlis perlu segera dimantapkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas ketua hakim negara dilantik perdana menteri baharu Nepal

Bernama
Bernama
12/09/2025
16:30 MYT
Bekas ketua hakim negara dilantik perdana menteri baharu Nepal
Sushila Karki dilantik sebagai perdana menteri interim pada Jumaat oleh Presiden Ram Chandra Poudel setelah beliau diterima oleh gerakan tunjuk perasaan yang dipimpin anak muda. - Gambar fail/Reuters
NEW DELHI: Seorang bekas ketua hakim Mahkamah Agung dilantik sebagai perdana menteri baharu Nepal ketika negara berpenduduk 30 juta itu berusaha kembali normal selepas berhari-hari dilanda tunjuk perasaan antikerajaan yang bertukar ganas.
Sushila Karki, 73, dilantik sebagai perdana menteri interim pada Jumaat oleh Presiden Ram Chandra Poudel setelah beliau diterima oleh gerakan tunjuk perasaan yang dipimpin anak muda.
Pada 2016, Karki mencatat sejarah sebagai wanita pertama dilantik ketua hakim negara dalam sejarah Nepal.
Ibu negara Kathmandu menyaksikan kebakaran besar dan vandalisme sejak beberapa hari lalu apabila tunjuk perasaan bertukar ganas pada Isnin, dengan kira-kira 20 penunjuk perasaan terbunuh dalam pertempuran dengan polis.
Khadga Prasad Sharma Oli meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Selasa susulan keganasan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita pertama
#Nepal
#kebakaran besar
#Vandalisme
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan