awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas laksamana AS tolak jawatan Penasihat Keselamatan Negara ditawarkan Donald Trump

Agensi
Agensi
17/02/2017
02:53 MYT
Bekas laksamana AS tolak jawatan Penasihat Keselamatan Negara ditawarkan Donald Trump
Harward tidak dapat memberikan komitmen bagi jawatan yang ditawarkan kepadanya. - Reuters
Bekas laksamana tentera laut dilaporkan menolak hasrat Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mahu melantiknya sebagai penasihat keselamatan negara, lapor media tempatan pada Khamis.
AFP melaporkan, Robert Harward menolak pelawaan itu sekali gus membiarkan pentadbiran Trump tidak memiliki pengganti Michael Flynn, yang didesak meletakkan jawatan awal minggu ini susulan skandal perbualan telefon dengan pegawai-pegawai Rusia.
Dalam satu kenyataan yang dibacakan dalam saluran berita CNN, Harward berkata dia menolak jawatan tersebut kerana ‘tidak dapat memberikan komitmen’.
“Tugas ini memerlukan kesediaan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan keperluan untuk melakukan semua dengan betul. Saya sekarang ini tidak boleh melakukannya,” kata kenyataan itu.
Penolakan itu memberi tamparan hebat buat Trump, yang pada Khamis telah melepaskan kemarahan kepada pengkritiknya dari industri media dan politik, dalam satu sidang media selama lebih satu jam.
Topic Berkaitan
#AS
#Donald Trump
#penasihat keselamatan negara
#robert hayward
#tolak jawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan