awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Menteri Luar Australia dilantik Utusan Khas PBB ke Myanmar

Bernama
Bernama
06/04/2024
04:31 MYT
Bekas Menteri Luar Australia dilantik Utusan Khas PBB ke Myanmar
Bishop, yang berkhidmat sebagai menteri luar Australia dari 2013 hingga 2018, menggantikan Diplomat Singapura Noeleen Heyzer, yang meletak jawatan pada Jun. - Foto Reuters
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Jumaat melantik bekas Menteri Luar Australia Julie Bishop sebagai Utusan Khas PBB ke Myanmar, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Bishop, yang berkhidmat sebagai menteri luar Australia dari 2013 hingga 2018, menggantikan Diplomat Singapura Noeleen Heyzer, yang meletak jawatan pada Jun.
Junta Myanmar menggulingkan ketua kerajaan de facto, Aung San Suu Kyi, dalam rampasan kuasa ganas pada Februari 2021. Junta telah mengenakan pemerintahan kejam ke atas negara berkenaan sejak itu.
Pada Februari, Junta mengumumkan ia akan menguatkuasakan draf undang-undang ketenteraan wajib. Menurut tentera, undang-undang itu membabitkan sekitar 14 juta warganegara: 6.3 juta lelaki dan 7.7 juta wanita.
Myanmar yang dahulunya dikenali sebagai Burma, mempunyai penduduk sekitar 55 juta.
PBB berkata 2.8 juta orang telah kehilangan tempat tinggal di negara itu, 90 peratus sejak pengambilalihan tentera. Kelaparan semakin meningkat dan terdapat risiko kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak dan wanita hamil.
Pada 2024, PBB berkata 18.6 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Setiausaha Agung PBB
#Utusan Khas PBB ke Myanmar
#Julie Bishop
#Antonio Guterres
#bekas Menteri Luar Australia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan