awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas penasihat Donald Trump dipenjara 14 hari

Agensi
Agensi
08/09/2018
00:50 MYT
Bekas penasihat Donald Trump dipenjara 14 hari
Papadopoulos bersama isterinya Simona Mangiante ketika tiba di mahkamah pada 7 Sept 2018. - Foto Reuters/Yuri Gripas
Bekas penasihat Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, George Papadopoulos dihukum penjara 14 hari pada Jumaat selepas didapati bersalah berbohong kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Hakim Randolph Moss menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati Papadopoulos berbohong kepada pegawai FBI dalam satu siasatan yang dianggap penting kepada keselamatan negara.
Papadopoulos merupakan orang kedua dihukum penjara dalam siasatan selama 16 bulan ke atas Robert Mueller, kerana disyaki mengadakan pakatan sulit dengan Rusia.
Dua minggu lalu, dua lagi bekas penasihat Trump didapati bersalah dalam kes berkaitan.
Trump mengecam hukuman tersebut dan menyatakan siasatan itu menelan belanja jutaan dolar sejak ia bermula pada Mei 2017.
Dalam entri terbaharu di akaun Twitternya hari ini, Trump berkata "AS$28 juta untuk 14 hari, AS$2 juta sehari, tiada pakatan sulit. Hari terbaik untuk Amerika Syarikat!"
14 days for $28 MILLION - $2 MILLION a day, No Collusion. A great day for America!
— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) September 7, 2018
Siasatan ke atas Papadopoulos tersebut bermula selepas pihak FBI mendapat maklumat daripada seorang pegawai diplomatik Australia.
Papadopoulos dikatakan telah berhubung dengan pihak Rusia bagi mendapatkan rahsia Hillary Clinton.
Dia kemudian mengaku telah berbohong kepada pegawai FBI semasa disiasat pada 27 Januari 2017.
"Pada Januari 2017, saya melakukan satu kesilapan besar yang memaksa saya menanggung hukuman ini.
"Saya berasa sangat malu. Ketika itu, saya muda dan bercita-cita besar," kata Papadopoulos semasa memberi keterangan di mahkamah, di sini.
Dia juga didenda AS$9,500 selain dikenakan hukuman parol selama setahun dan dikehendaki menjalani khidmat masyarakat.
Topic Berkaitan
#bohong
#Donald Trump
#FBI
#George Papadopoulos
#Hillary Clinton
#penjara
#Presiden Amerika Syarikat
#Randolph Moss
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan