BRATISLAVA: Bekas perdana menteri Slovakia Robert Fico dan parti nasionalis berhaluan kiri Social Democratic memenangi pilihan raya parlimen negara itu, menurut keputusan awal, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Selepas hampir 99 peratus undi dikira, parti pembangkang SMER-SSD ("Direction - Slovak Social Democracy") memperoleh 23.3 peratus undi, umum suruhanjaya itu pada pagi Ahad.

Keputusan itu membolehkan parti yang diterajui Fico mendahului pencabarnya dari parti Progresivne Slovensko (PS).

PS yang berada di tempat kedua dengan 17 peratus, sebelum ini mendahului dalam tinjauan yang diadakan.

Kira-kira 68 peratus pemilih keluar mengundi.

Bagaimanapun, tidak mudah bagi SMER membentuk gabungan dengan majoriti yang mencukupi untuk menguasai Parlimen.

Sebelum pilihan raya, Fico mengumumkan mahu menamatkan penghantaran senjata ke negara jiran Ukraine, keputusan yang tidak popular dalam kalangan pengundi.

-- BERNAMA