awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ujian bertimpa, Soffi Jikan kembali ke hospital akibat jangkitan kuman

Sinar Harian
Sinar Harian
04/08/2025
11:06 MYT
Ujian bertimpa, Soffi Jikan kembali ke hospital akibat jangkitan kuman
Soffi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 54, berkongsi rentetan episod kesihatan yang mencabar sejak pulang daripada penggambaran di Sabah. - Sumber foto tangkapan layar TikTok Soffi Jikan
PELAKON berpengalaman, Soffi Jikan kini sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh selepas disyaki mengalami jangkitan kuman.
Menerusi komen balas yang ditinggalkan di akaun TikTok miliknya, Soffi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 54, berkongsi rentetan episod kesihatan yang mencabar sejak pulang daripada penggambaran di Sabah.
"Assalamualaikum semua. Sekembalinya saya dari Sabah, saya mengalami demam teruk dan disahkan menghidap denggi serta kencing tikus.
"Setelah beransur pulih, saya menyambung komitmen kerja ke Johor dan kemudiannya ke Padang Besar, Perlis. Di sana, saya mengalami serangan strok haba sebelum dijangkiti kuman pula.
"Kini, saya sedang menjalani rawatan lanjut di Hospital Sungai Buloh. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat,” tulisnya di ruangan komen.
Perkongsian itu mendapat reaksi pelbagai pihak yang terkejut dan kebimbangan peminat dengan keadaan kesihatannya.
Rata-rata peminat dan rakan industri mendoakan agar Sofi kembali pulih sepenuhnya dan mengambil masa berehat secukupnya sebelum kembali ke lokasi penggambaran.
Artikel asal ini diterbitkann di portal Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Soffi Jikan
#jangkitan kuman
#kencing tikus
#akaun TikTok Soffi Jikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan