awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas PM Bulgaria ditahan seleweng dana EU

Sinar Harian
Sinar Harian
18/03/2022
04:11 MYT
Bekas PM Bulgaria ditahan seleweng dana EU
Bekas Perdana Menteri Bulgaria, Boyko Borisov ditahan pada Khamis. - Foto REUTERS
SOFIA: Bekas Perdana Menteri Bulgaria, Boyko Borisov ditahan pada Khamis bersama anggota partinya berhubung siasatan dengan penyalahgunaan dana bantuan Kesatuan Eropah (EU).
Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan menyatakan, operasi besar-besaran sedang berlangsung berkaitan dengan 120 kes siasatan yang dilakukan oleh Pejabat Pendakwa Raya Eropah di Bulgaria.
Turut ditahan bersama Borisov yang pernah menjadi Perdana Menteri sebanyak tiga kali itu ialah bekas Menteri Kewangan, Vladislav Goranov, bekas Ketua Jawatankuasa Belanjawan Parlimen, Menda Stoyanova dan bekas Ketua Perkhidmatan Akhbar kerajaan, Sevdalina Arnaudova.
Namun, pihak kementerian itu tidak memberikan perincian lanjut tentang kes tersebut.
Bagaimanapun, pihak televisyen BNT menyatakan kes berkenaan adalah mengenai penyalahgunaan bantuan EU.
"Tidak ada sesiapa yang mengatasi undang-undang!" menurut satu kenyataan Perdana Menteri baharu Bulgaria, Kiril Petkov di laman Facebook rasminya.
Parti Petkov itu memenangi pilihan raya umum di Bulgaria pada tahun 2021 dengan matlamatnya adalah untuk melakukan toleransi sifar terhadap rasuah.
Sebelum ini, EU telah membuka 120 siasatan penipuan melibatkan wang EU yang berkaitan dengan tender awam, subsidi pertanian, pembinaan dan dana pemulihan COVID-19.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Boyko Borisov
#penyalahgunaan dana
#Kesatuan Eropah
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan