Skip to main content

Malaysia

Iklan lesen memandu tanpa ujian di TikTok palsu, JPJ lapor MCMC

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan kesahihan iklan yang menawarkan lesen memandu tanpa perlu menjalani ujian menerusi platform media sosial TikTok. - Foto Facebook JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan kesahihan iklan yang menawarkan lesen memandu tanpa perlu menjalani ujian menerusi platform media sosial TikTok. - Foto Facebook JPJ

Advertisement

Ringkasan AI

  • Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan iklan di TikTok yang menawarkan lesen memandu tanpa ujian adalah sah.
  • JPJ telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan lanjut terhadap akaun palsu tersebut.
  • Orang ramai dinasihatkan hanya mendapatkan maklumat JPJ melalui platform rasmi bagi mengelakkan kekeliruan dan kerugian.

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan kesahihan iklan yang menawarkan lesen memandu tanpa perlu menjalani ujian menerusi platform media sosial TikTok.

JPJ memaklumkan pihaknya menerima aduan berhubung iklan berkenaan yang menggunakan akaun atas nama Ahmad Mushidi.

"JPJ ingin menegaskan bahawa iklan dan akaun milik individu bernama Ahmad Mushidi itu adalah palsu," menurut jabatan itu dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, JPJ telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan lanjut.

JPJ turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terperdaya dengan promosi lesen memandu menerusi iklan atau akaun tidak sah bagi mengelakkan kekeliruan dan kerugian.

Orang ramai juga diingatkan supaya mendapatkan sebarang maklumat atau hebahan berkaitan perkhidmatan JPJ hanya melalui platform rasmi jabatan berkenaan.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement