awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas PM Sudan desak gencatan senjata dikuatkuasa

Astro Awani
Astro Awani
17/04/2023
00:45 MYT
Bekas PM Sudan desak gencatan senjata dikuatkuasa
Asap tebal dilihat di Khartoum, Sudan selepas dua hari pertempuran yang meragut nyawa puluhan orang. - Foto AP
KHARTOUM: Bekas Perdana Menteri Sudan, Abdallah Hamdok mendesak supaya gencatan senjata dikuatkuasa segera ketika korban akibat konflik kini melepasi angka 59 orang.
Pada masa sama beliau menuntut supaya pihak bertelagah kembali ke meja rundingan.
"Kerana itu kami menuntut supaya gencatan senjata dikuatkuasa untuk mencapai perjanjian yang akan menamatkan pertempuran ini secara kekal.
"Kami memerlukan sekurang-kurangnya satu perjanjian damai untuk mewujudkan koridor kemanusiaan yang akan membenarkan orang awam mendapat akses kepada ubat-ubatan, rawatan dan makanan," katanya.
Pertempuran antara pasukan tentera yang diketuai Jeneral Abdel Fattah Al Burhan, Ketua Majlis Peralihan Sudan dan Pasukan Separa Tentera (RSF) dipimpin Jeneral Mohamed Hamdan Dagalo yang juga Timbalan Ketua Majlis Peralihan tercetus pada Sabtu.
Ia merupakan pertempuran pertama sejak kedua-dua pepimpin menyertai gerakan untuk menggulingkan veteran politik Omar Hassan Al Bashir pada tahun 2019.
Pertempuran dipercayai akibat pertelagahan berkaitan integrasi pasukan RSF ke dalam angkatan tentera sebagai sebahagian peralihan ke kerajaan awam.
Hamdok dalam pada itu menolak campur tangan asing dalam konflik tersebut.
Beliau sebaliknya mendesak komuniti antarabangsa menyokong rundingan antara pasukan tentera berkenaan.
Topic Berkaitan
#Abdallah Hamdok
#gencatan senjata
#meja rundingan
#pertempuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan