MEKAH: Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan seorang jemaah haji lelaki bagi Musim Haji 1447H/2026M telah meninggal dunia pada hari Khamis, 7 Mei 2026.
Jemaah yang berasal daripada Cheras, Selangor itu berusia 55 tahun dan hadir bersama isteri dan empat ahli keluarga ke Tanah Suci.
Allahyarham merupakan jemaah daripada kumpulan KT12 dan menginap di Al Kiswah Hotel di Mekah.
Beliau telah disahkan meninggal dunia di Hospital King Abdullah pada jam 8.01 pagi akibat serangan jantung.
Jenazah telah dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas solat Asar dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Sharayea di Mekah.
TH mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.