awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas PM Thailand Thaksin diberi parol - Menteri Kehakiman

Bernama
Bernama
13/02/2024
08:10 MYT
Bekas PM Thailand Thaksin diberi parol - Menteri Kehakiman
Thaksin disenaraikan dalam kategori yang menghidap penyakit kronik dan berusia lebih 70 tahun. - Gambar fail/Reuters
BANGKOK: Menteri Kehakiman Thailand Tawee Sodsong mengumumkan bahawa bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra telah diberikan parol.
Tawee berkata beliau telah menerima senarai banduan yang layak mendapat parol daripada Jabatan Penjara, lapor Agensi Berita Thailand (TNA).
Daripada 945 banduan yang dipertimbangkan untuk parol, sebanyak 930 telah diluluskan, termasuk Thaksin.
Thawee berkata Thaksin disenaraikan dalam kategori yang menghidap penyakit kronik dan berusia lebih 70 tahun.
Thaksin memenuhi kriteria untuk parol selepas menjalani satu pertiga daripada hukuman atau sekurang-kurangnya enam bulan penjara.
Dia boleh dibebaskan pada 18 Feb selepas menjalani hukuman penjara selama enam bulan.
Thaksin, 74, yang menjalani hukuman penjara selama setahun telah menerima rawatan di hospital polis sejak malam pertama pulang ke tanah air.
Sejak 15 tahun lalu, Thaksin hidup dalam buangan kerana disabitkan atas kesalahan rasuah dan salah guna kuasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thaksin Shinawatra
#Bekas perdana menteri Thailand
#diberi parol
#hidap penyakit kronik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan