awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Presiden Brazil dilarang bertanding pilihan raya

Astro Awani
Astro Awani
01/07/2023
02:00 MYT
Bekas Presiden Brazil dilarang bertanding pilihan raya
Bolsonaro masih boleh merayu ke Mahkamah Agung. - Foto REUTERS
BRASILIA: Bekas Presiden Brazil Jair Bolsonaro tidak dibenarkan bertanding dalam pilihan raya sehingga 2030.
Panel hakim mahkamah Brazil sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati beliau telah menyalahgunakan kuasanya dan menyebabkan keraguan dalam sistem undi elektronik negara itu.
Empat daripada tujuh hakim di Mahkamah Pilihan Raya Tertinggi negara bersetuju bahawa Bolsonaro telah menyalahgunakan kuasanya dengan menggunakan saluran komunikasi kerajaan untuk mempromosikan kempen beliau dan menimbulkan keraguan terhadap pengundian tersebut.
Beliau didakwa menggunakan kakitangan kerajaan, saluran televisyen negara, dan Istana Presiden di Brasilia untuk memberitahu duta-duta asing bahawa sistem undi elektronik negara itu dipalsukan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 18 Julai 2022.
Sewaktu pengundian keputusan oleh mahkamah, Hakim Carmen Lucia - yang juga merupakan hakim Mahkamah Agung - berkata fakta-fakta itu tidak dapat disangkal.
Bagaimanapun, Bolsonaro masih boleh merayu ke Mahkamah Agung.
Beliau juga terpalit dengan masalah undang-undang lain, termasuk siasatan melibatkan kes jenayah.
Topic Berkaitan
#Jair Bolsonaro
#piihan raya
#salah guna kuasa
#sistem undi elektronik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan