Bekas presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva, didakwa atas pertuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah dalam skandal yang dianggap terbesar di negara itu.

Silva dituduh terlibat dalam skim pecah amanah besar-besaran yang dikenali 'car wash' ketika menjadi pengerusi syarikat minyak negara, Petrobras.

Skim membabitkan pembayaran rasuah itu mengakibat ramai pegawai atasan kerajaan serta anggotanya didakwa dan dipenjarakan.

Ketua penyiasat pasukan petugas khas kes, Deltan Dellagnol berkata Silva merupakan ketua operasi tersebut.

Silva yang juga dikenali sebaga Lula adalah antara ahli politik yang paling popular di kalangan rakyat Brazil.