awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Presiden Colombia, Uribe didapati bersalah rasuah saksi

Bernama
Bernama
29/07/2025
21:30 MYT
Bekas Presiden Colombia, Uribe didapati bersalah rasuah saksi
Uribe kini menjadi bekas Presiden pertama dalam sejarah Colombia yang disabitkan dengan kesalahan jenayah di mahkamah. - Gambar fail/REUTERS
MEXICO CITY: Bekas Presiden Colombia, Alvaro Uribe, didapati bersalah atas kesalahan merasuah saksi dan melakukan penipuan prosedur semasa prosiding jenayah, kata Hakim Sandra Liliana Heredia.
Kes ini dimulakan oleh Senator Ivan Cepeda Castro, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Dua kesalahan yang diklasifikasikan sebagai penipuan prosedur dilakukan melalui petisyen palsu yang difailkan kepada Mahkamah Agung sebelum keputusan pada 16 Februari 2018 yang menolak untuk memulakan prosiding jenayah terhadap Ivan Cepeda Castro, serta petisyen susulan untuk membatalkan keputusan itu," kata hakim semasa perbicaraan, menurut petikan yang disiarkan oleh Caracol Radio.
Pada Isnin, mahkamah mendapati Uribe bersalah atas campur tangan dengan saksi berkaitan kes itu.
Uribe kini menjadi bekas Presiden pertama dalam sejarah Colombia yang disabitkan dengan kesalahan jenayah di mahkamah.
Pendakwaan jenayah terhadap Uribe bermula pada 2018, apabila Mahkamah Agung menolak permohonannya untuk menyaman Cepeda.
Sebaliknya, mahkamah membuka siasatan terhadap Uribe atas tuduhan mengatur keterangan palsu.
Siasatan mendapati yang peguam Uribe, Diego Cadena bertemu individu disabitkan kesalahan dengan tawaran untuk memberi keterangan terhadap Cepeda bagi menjatuhkan kredibiliti beliau dan menutup kes terhadap Uribe.
Senator Cepeda dianggap mangsa dalam perbicaraan ini. Pada 2012, Cepeda menyerahkan bukti kepada mahkamah yang mendakwa Uribe dan sekutunya mempunyai kaitan dengan kumpulan militan.
Uribe kemudiannya memfailkan tuntutan balas terhadap Cepeda.
Mahkamah akan menentukan hukuman Uribe dalam beberapa minggu akan datang dan beliau berdepan hukuman penjara antara enam hingga 12 tahun atas dua kesalahan itu.
Uribe, yang kini berusia 73 tahun, memimpin Colombia dari 2002 hingga 2010 dan masih menjadi pemimpin parti sayap kanan Democratic Centre serta tokoh berpengaruh dalam politik negara.
Di mahkamah, Uribe menafikan semua tuduhan dan meminta pembebasan penuh, dengan mendakwa bukti dipalsukan.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Topic Berkaitan
#Alvaro Uribe
#Colombia
#Rasuah
#salah guna kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan