awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Presiden Peru Humala, isteri dipenjara 15 tahun kerana pengubahan wang haram

Bernama
Bernama
16/04/2025
06:30 MYT
Bekas Presiden Peru Humala, isteri dipenjara 15 tahun kerana pengubahan wang haram
Hakim mendapati Humala (gambar) dan Heredia menerima kira-kira US$3 juta dalam bentuk sumbangan kempen secara haram. - Gambar fail/ Reuters
BOGOTA: Sebuah mahkamah di Peru pada Selasa menjatuhi hukuman penjara 15 tahun terhadap bekas Presiden Ollanta Humala dan isterinya, Nadine Heredia atas pertuduhan pengubahan wang haram, lapor media tempatan.
Hakim Mahkamah Tinggi mendapati Humala dan Heredia menerima kira-kira US$3 juta dalam bentuk sumbangan kempen secara haram daripada syarikat pembinaan Brazil, Odebrecht, serta kerajaan Venezuela bagi membiayai kempen pilihan raya Humala pada 2006 dan 2011.
Heredia bertindak sebagai pengurus kempen pilihan raya suaminya bagi kedua-dua pilihan raya itu.
Hakim Nayko Coronado, yang mengarahkan penahanan serta-merta pasangan itu, berkata terdapat bukti jelas menunjukkan pelbagai tindakan dilakukan bagi tujuan penggubahan wang daripada sumber haram.
Susulan keputusan itu, Heredia telah memohon suaka politik di Kedutaan Brazil di Lima. Kementerian Luar Peru kemudian mengesahkan bahawa beliau telah mengemukakan permohonan secara rasmi di bawah Konvensyen 1954 mengenai Suaka Diplomatik.
Abang Heredia, Ilan Heredia turut dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dalam kes yang sama.
Pihak berkuasa mengesahkan Humala akan menjalani hukumannya di Penjara Barbadillo di Lima.
Dengan keputusan itu, Humala menjadi bekas presiden ketiga Peru dalam tempoh dua dekad yang dipenjarakan susulan skandal Odebrecht. Bekas Presiden Alejandro Toledo kini sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun manakala Alberto Fujimori masih dipenjarakan berikutan beberapa sabitan kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Peru
#pengubahan wang haram
#Bekas Presiden
#Ollanta Humala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan