awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas tentera bunuh isteri akhirnya dicekup selepas 20 tahun

Sinar Harian
Sinar Harian
15/04/2025
07:45 MYT
Bekas tentera bunuh isteri akhirnya dicekup selepas 20 tahun
Anil Kumar Tiwari didakwa membunuh isterinya pada Mei 1989 dengan cara mencekik mangsa sebelum membakar mayatnya bagi menyembunyikan jenayah tersebut. - Gambar hiasan
SEORANG bekas anggota tentera yang melarikan diri selepas membunuh isterinya lebih dua dekad lalu akhirnya berjaya ditahan oleh pihak polis di kampung halamannya di Madhya Pradesh, India.
Suspek, Anil Kumar Tiwari, 58, dari daerah Sidhi, didakwa membunuh isterinya pada Mei 1989 dengan cara mencekik mangsa sebelum membakar mayatnya bagi menyembunyikan jenayah tersebut.
Menurut kenyataan Polis Delhi, Tiwari cuba menggambarkan kejadian itu sebagai kes bunuh diri, namun disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada tahun yang sama.
Pada tahun 2005, Mahkamah Tinggi Delhi membenarkan Tiwari keluar dengan parol selama dua minggu. Bagaimanapun, dia mengambil kesempatan untuk melarikan diri dan hidup dalam buruan sejak itu.
Selepas 20 tahun menghilangkan diri, pasukan Cawangan Jenayah Polis Delhi berjaya menjejakinya di kampung asalnya dan menahannya pada 12 April lalu.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis (Cawangan Jenayah), Aditya Gautam, suspek telah mengelak daripada dikesan dengan tidak menggunakan telefon bimbit, hanya menggunakan wang tunai dalam urusan harian serta kerap berpindah tempat tinggal dan pekerjaan.
"Hasil maklumat awal mengesahkan kehadirannya di Prayagraj, Uttar Pradesh dan kemudian di kawasan berhampiran Sidhi, Madhya Pradesh. Pemeriksaan di lapangan dilakukan dan akhirnya dia berjaya diberkas," katanya.
Siasatan lanjut mendedahkan Tiwari telah berkahwin semula dan kini mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan keduanya. Dia sebelum ini pernah bertugas sebagai pemandu dalam Kor Ordnans Tentera India. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#bunuh isteri
#India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan