Belajar bahasa musuh untuk mengenali musuh dengan lebih dekat. Itulah pendekatan yang diambil penduduk Palestin di Gaza. Mereka kini giat mempelajari bahasa Isreal iaitu Hebrew.

Bagi tujuan itu, universiti di Gaza telah menawarkan diploma baru yang memfokus kepada bahasa Hebrew.

Ia bagi membolehkan mereka yang fasih bahasa itu dipilih menjadi guru dan kemudiannya akan mengajar bahasa berkenaan di sekolah menengah di Gaza.

Dengan cara itu penduduk Gaza tidak akan ketinggalan dan dapat mengikuti perkembangan musuh sama ada melalui akhbar atau media sosial.

Setakat ini 19 pelajar sudah mendaftar untuk pengajian bahasa tersebut.

Kegagalan memahami laporan media Israel ketika zionis membedil Gaza turut mendorong rakyat Gaza mempelajari bahasa Hebrew.

Bahasa Hebrew juga dijangka diajar di beberapa buah sekolah di Gaza dalam masa terdekat.