INTERNATIONAL
Belanda, Denmark tempat terbaik jadi kanak-kanak, New Zealand, Colombia tercorot

Laporan itu mendapati banyak negara mengalami kemerosotan ketara dalam kemahiran akademik kanak-kanak akibat penutupan sekolah semasa pandemik COVID-19. - Gambar hiasan/ AP
ROME: Belanda dan Denmark adalah dua tempat terbaik untuk menjadi kanak-kanak berdasarkan ukuran kesejahteraan mental, kesihatan fizikal dan kemahiran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
- Belanda dan Denmark adalah dua negara terbaik untuk kesejahteraan kanak-kanak berdasarkan ukuran kesejahteraan mental, kesihatan fizikal, dan kemahiran, menurut laporan UNICEF.
- Banyak negara mengalami kemerosotan ketara dalam kemahiran akademik kanak-kanak akibat penutupan sekolah semasa pandemik COVID-19.
- Laporan UNICEF menyuarakan kebimbangan terhadap kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak, dengan peningkatan masalah berat badan berlebihan dan penurunan tahap kepuasan hidup.
New Zealand, Colombia, Mexico, Turkiye dan Chile pula berada di kedudukan paling bawah.
Laporan itu mendapati banyak negara mengalami kemerosotan ketara dalam kemahiran akademik kanak-kanak akibat penutupan sekolah semasa pandemik COVID-19.
Pengarah UNICEF Innocenti Global Office of Research and Foresight, Bo Viktor Nylund berkata kanak-kanak sudah pun menghadapi pelbagai cabaran sebelum pandemik melanda.
"Dengan ketidaktentuan ekonomi yang semakin meningkat, semua negara perlu memberi keutamaan kepada pendidikan, kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak untuk menjamin masa depan dan kebahagiaan mereka, serta keselamatan ekonomi masyarakat kita."
Di 43 negara, dianggarkan lapan juta remaja berusia 15 tahun iaitu kira-kira separuh daripada kumpulan umur itu, dinilai sebagai tidak celik huruf dan angka secara fungsian, bermakna mereka tidak mampu memahami teks asas.
Peratusan tertinggi dicatatkan di Bulgaria, Colombia, Costa Rica, Cyprus dan Mexico.
Namun, terdapat perkembangan positif seperti penurunan kadar kematian kanak-kanak, pengurangan kadar bunuh diri dalam kalangan remaja selain peningkatan kadar tamat persekolahan.
Laporan itu menyuarakan kebimbangan terhadap kesihatan mental, dengan tahap kepuasan hidup kanak-kanak semakin merosot. Jepun satu-satunya negara yang mencatat peningkatan ketara.
Kesihatan fizikal kanak-kanak juga semakin merosot, dengan bilangan kanak-kanak yang mengalami masalah berat badan berlebihan terus meningkat.
"Pasca pandemik, data ini menjadi penanda aras yang membimbangkan bagi kesejahteraan kanak-kanak, khususnya daripada latar belakang yang kurang bernasib baik," kata Nylund.
"Skala cabaran yang dihadapi kanak-kanak menunjukkan kita memerlukan pendekatan menyeluruh dan holistik yang merangkumi seluruh zaman kanak-kanak, untuk menangani keperluan mereka pada setiap peringkat kehidupan."
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami