awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanda keluar laporan siasatan MH17 hari ini

Bernama
Bernama
12/10/2015
16:46 MYT
Belanda keluar laporan siasatan MH17 hari ini
Laporan itu antara lain memfokus kepada punca terhempas dan berkaitan isu penerbangan di kawasan zon konflik. - Gambar fail
Lembaga Keselamatan Belanda akan mengeluarkan laporan siasatan berhubung kemalangan pesawat MH17 Malaysia Airlines pada Selasa.
Menurut laman web http://www.onderzoeksraad.nl/, ia akan menyediakan dokumen yang mengandungi kesemua aspek siasatan.
Dokumen itu bertajuk 'About the Investigation' akan diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Belanda.
Laman web itu berkata Pengerusi Siasatan, Tjibbe Joustra akan terlebih dahulu memaklumkan kepada keluarga mangsa hasil siasatan di The Hague pada pukul 11 pagi (waktu tempatan), sebelum memaklumkan kepada pihak media di pangkalan udara Gilze-Rijen pada pukul 1.15 tengah hari dan mengeluarkan laporan tersebut pada 1.45 tengah hari.
Laporan itu antara lain memfokus kepada punca terhempas dan berkaitan isu penerbangan di kawasan zon konflik.
Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal yang dalam penerbangan daripada Amsterdam menuju Kuala Lumpur apabia ia dipercayai ditembak jatuh di ruang udara di selatan Ukraine pada 17 Julai tahun lalu.
Topic Berkaitan
#laporan siasatan
#Malaysia Airlines
#MH17
#The Hague
#Tjibbe Joustra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan