SINGAPURA: Menteri Kewangan Singapura Lawrence Wong pada Selasa membentangkan belanjawan negara yang disasarkan untuk membina keupayaan republik itu serta merebut peluang dalam era baharu pembangunan global.
Wong berkata belanjawan tahun ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk melakar hala tuju baharu Singapura dan ia tertumpu kepada tiga teras utama untuk menjamin masa depan dalam era baharu.
Menurutnya, di bawah teras utama pertama "mengembangkan ekonomi dan mempersiapkan tenaga kerja" Singapura akan menggandakan usahanya untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi.
"Kita akan menumpukan kepada sektor pertumbuhan yang mana kita boleh lebih berdaya saing," katanya semasa membentangkan Penyata Belanjawan bertemakan "Melangkah Ke Hadapan dalam Era Baharu", di Parlimen, Selasa.
Beliau berkata Singapura bukan sahaja menerajui pusat kewangan antarabangsa di Asia tetapi juga merupakan hab dagangan global dengan kekuatan dalam pengangkutan dan logistik.
"Kita juga ada sektor pembuatan yang kukuh yang disokong oleh segmen utama seperti elektronik, kimia dan sains bioperubatan.
"Ciri-ciri dan kekuatan ini akan membolehkan kita menarik lebih banyak syarikat multinasional untuk membuka pejabat serantau atau malahan operasi global dan ibu pejabat mereka di Singapura," katanya.
Dengan lebih banyak aktiviti bernilai tinggi dan fasiliti yang terbaik berpangkalan di sini. Wong berkata Singapura akan dapat membina keupayaan baharu, membangunkan industri utama dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Dua teras utama lain untuk menjamin masa depan dalam era baharu lain adalah "mengukuhkan impak sosial dan membina negara berdaya tahan."
Bagi tahun kewangan 2023, republik itu menjangkakan defisit kecil sebanyak S$0.4 bilion (S$1=RM3.27) atau 0.1 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).
Menyentuh mengenai keseluruhan defisit bagi Tahun Kewangan 2023, Wong berkata "Ia sesuai bagi unjuran ekonomi tahun ini".
Dalam lampiran yang dikeluarkan kepada media menunjukkan bahawa hasil operasi bagi 2023 dianggarkan sebanyak S$96.70 bilion berbanding unjuran jumlah perbelanjaan sebanyak S$104.15 bilion.
Bagi cukai korporat, Wong berkata sistem cukai korporat republik itu akan terjejas oleh inisiatif Base Erosion and Profit Shifting (BEPS) 2.0 Pillar 2 yang mana kadar cukai efektif minimun global 15 peratus bagi kumpulan syarikat multinasional akan diperkenalkan.
"Beberapa parameter utama Pillar 2 hanya dimuktamadkan tahun ini manakala yang lain masih sedang dibincangkan di peringkat antarabangsa," katanya sambil menambah memandangkan peraturan akan dilaksanakan secara progresif, kesan penuhnya hanya akan dapat dilihat pada 2025 atau kemudiannya.
Berikutan perkembangan ini, Wong berkata kementerian itu berhasrat untuk melaksanakan Pillar 2 bermula 2025, sebagai sebahagian daripada langkah antarabangsa untuk menyelaraskan kadar cukai korporat bagi kumpulan syarikat multinasional.
Selain itu, menteri kewangan juga mengumumkan pelarasan selanjutnya kepada sistem cukai republik itu antara lainnya, Duti Setem Pembeli atau rejim BSD, bagi pembelian atau atau penerimaan hartanah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 14 2023
Wong membentangkan Penyata Belanjawan bertemakan 'Melangkah Ke Hadapan dalam Era Baharu', di Parlimen Singapura pada Selasa. - Facebook LAwrence Wong
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Thailand, Singapura bincang keselamatan makanan dalam perbincangan peringkat tinggi
Keselamatan makanan, keselamatan tenaga dan kesalinghubungan digital antara topik utama yang dibincangkan semasa pertemuan antara Paetongtarn Shinawatra dan Lawrence Wong pada Khamis.
Lee Hsien Loong sokong Lawrence Wong ketuai parti pemerintah singapura
Lee mengumumkan bahawa beliau akan terus berada dalam jawatankuasa eksekutif pusat dalam peranan sokongan dan penasihat.
Amerika tak mahu lagi jadi 'polis dunia', PM Singapura beri amaran dunia makin bahaya
"Semua orang bimbang kerana kita berada dalam dunia yang jauh lebih berbahaya hari ini," kata Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong ketika beliau merenungkan landskap global yang berkembang.
Paderi ditikam: PM Wong seru rakyat Singapura bertenang, bersatu padu
Keganasan tidak mempunyai tempat di Singapura dan semua orang digesa untuk menyokong satu sama lain dalam semangat keharmonian.
Sultan Nazrin berangkat hadiri majlis santapan tengah hari bersama PM Wong
PM Wong dan Sultan Nazrin mengadakan perbincangan yang meluas mengenai perkembangan global, masa depan ASEAN dan hubungan Singapura-Malaysia.
Malaysia, Singapura capai kesepakatan, kemajuan beberapa isu tertunggak - Anwar
Anwar berkata ia akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam sesi permukiman tahunan Malaysia-Singapura hujung tahun ini.
Paus Francis tiba di Singapura bagi lawatan negara, sempurnakan jelajah Asia Pasifik
Paus Francis tiba di Singapura untuk lawatan negara selama tiga hari bagi menyempurnakan Perjalanan Apostolik beliau ke rantau Asia Pasifik.
PM Singapura gariskan inisiatif baharu pada perhimpunan hari kebangsaan
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong menggariskan beberapa inisiatif baharu merangkumi empat bidang utama.
Singapura akan bina Kolej Pengajian Islam lahirkan pemimpin Islam masa depan - PM Wong
Singapura akan membina Kolej Pengajian Islam Singapura untuk melahirkan pemimpin Islam di negara itu pada masa depan, kata Perdana Menteri Lawrence Wong.
PM Singapura Lawrence Wong sampai ucapan Perhimpunan Hari Kebangsaan pertama 18 Ogos
Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong akan menyampaikan ucapan Perhimpunan Hari Kebangsaan pertamanya pada 18 Ogos.