awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Benarkah Amerika Syarikat mampu stabilkan ekonomi Asia?

Astro Awani
Astro Awani
23/11/2017
06:35 MYT
Benarkah Amerika Syarikat mampu stabilkan ekonomi Asia?
Australia merupakan salah satu daripada sekutu Amerika Syarikat yang paling kuat dan sering menjalin kerjasama erat dalam konflik global. - Gambar hiasan
AUSTRALIA menggesa Amerika Syarikat agar membina jalinan lebih kuat di Asia bagi mengekang pengaruh China di rantau itu.
Demikian menurut laporan dasar luar negara baharu Australia yang dikeluarkan pada Khamis.
Laporan itu menyatakan, Australia percaya bahawa cabaran antarabangsa hanya dapat ditangani dengan berkesan jika wujud campur tangan negara kuasa dunia dan terkaya seperti Amerika Syarikat.
Keputusan Amerika Syarikat menarik diri dari Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik (TPPA) dilihat memberi kesan langsung kepada ekonomi rantau itu dan memberi peluang lebih luas kepada ekonomi China untuk berkembang.
Bagi Australia, penglibatan berterusan Amerika Syarikat dapat menjamin kestabilan dan kemakmuran di rantau itu.
Australia merupakan salah satu daripada sekutu Amerika Syarikat yang paling kuat dan sering menjalin kerjasama erat dalam konflik global.
Walaupun Australia dan China mempunyai hubungan ekonomi yang rapat, China didakwa mencurigai hubungan ketenteraan Australia dengan Amerika Syarikat.
Hubungan antara Australia dan China juga dilihat melemah tahun ini selepas Australia menolak pelaburan berprofil tinggi oleh China
Selari hasrat Australia itu, Amerika Syarikat dan beberapa sekutunya baru-baru ini telah membincangkan visi terbaru iaitu tidak lagi menggunakan perkataan Asia pasifik sebaliknya menggunakan 'Indo-Pasifik' dan ia bertujuan untuk melemahkan pengaruh China di rantau itu.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Asia
#Asia Pasifik
#Australia
#China
#ekonomi
#hubungan ketenteraan
#indo pasifik
#pelaburan berprofil tinggi
#TPPA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan