awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berdepan protes antikerajaan: Congo arah potong perkhidmatan internet, SMS

Agensi
Agensi
31/12/2017
01:22 MYT
Berdepan protes antikerajaan: Congo arah potong perkhidmatan internet, SMS
Congo arah pemotongan talian internet dan sekatan khidmat pesanan ringkas (SMS). - Gambar hiasan
Pemerintah Congo mengeluarkan arahan kepada semua syarikat pembekal telekomunikasi di negara itu agar memotong akses internet dan khidmat pesanan ringkas SMS menjelang demonstrasi antikerajaan yang bakal diadakan pada Ahad.
Menurut Menteri Komunikasi Emery Okundji pemotongan terbabit dibuat selepas amaran tidak diendahkan penganjur demonstrasi iaitu aktivis Katolik.
"Ini adalah demi keselamatan negara.
"Ini juga sebagai tindak balas terhadap keganasan yang sedang berlaku sekarang ini dan kerajaan mempunyai tanggungjawab bagi memastikan keamanan rakyat Congo," jelasnya.
Okundji menulis surat kepada pembekal terbabit dan mengarahkan mereka untuk menggantung perkhidmatan internet dan SMS bermula 6 petang Jumaat sehingga arahan terbaharu dikeluarkan.
Pihak berkuasa Congo mengharamkan demonstrasi pada Ahad itu yang disokong kebanyakan pemimpin pembangkang.
Amaran berkumpul lebih dari lima orang juga dikeluarkan.
Sebelum ini satu siri rayuan oleh kumpulan pemimpin pembangkang dan aktivis Katolik telah diadakan bagi menganjurkan protes terbabit namun ditolak kerajaan.
Demonstrasi tersebut bertujuan mendesak Presiden Jospeh Kabila untuk tidak menggubal perlembagaan baharu negara itu bagi membolehkan beliau bertanding untuk penggal seterusnya.
Menurut perlembagaan Congo, Kabila perlu melepaskan jawatan itu dan mengadakan pilihan raya namun Kabila didakwa menyalahgunakan kuasa yang ada padanya dengan menangguhkan pilihan raya terbabit hingga Disember 2018.
Topic Berkaitan
#Internet
#keganasan
#kerajaan
#keselamatan
#pembangkang
#pilihan raya
#presiden
#protes
#SMS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan