awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beri bantuan segera, kurangkan kerosakan akibat kebakaran hospital - Presiden Moon

Agensi
Agensi
26/01/2018
05:50 MYT
Beri bantuan segera, kurangkan kerosakan akibat kebakaran hospital - Presiden Moon
Moon meminta tindakan diambil bagi mengenal pasti dengan tepat punca setiap kematian mangsa kebakaran Hospital Sejong pada Jumaat. (Foto AP)
Presiden Moon Jae-in telah menggesa agar langkah segera diambil bagi membantu kesemua mangsa kebakaran dan mengurangkan kerosakan akibat kebakaran yang berlaku di Hospital Sejong di Miryang, Korea Selatan, pada Jumaat.
Beliau juga mengarahkan pejabat perdana menteri mengenal pasti punca sebenar kejadian bagi menggelakkan tragedi yang sama berulang pada masa hadapan.
Beliau mengeluarkan kenyataan itu pada satu mesyuarat tergempar melibatkan pegawai atasannya yang diadakan di pejabatnya hari ini.
"Presiden mengarahkan agar semua langkah yang perlu diambil bagi membantu mangsa kebakaran bagi mencegah lebih banyak kerosakan," menurut jurucakap pejabat presiden, Park Soo-hyun, pada satu sidang media.
Moon turut meminta supaya tindakan diambil bagi mengenal pasti dengan tepat punca setiap kematian untuk membantu mengurangkan kekeliruan yang dihadapi waris mangsa, tambahnya.
Sekurang-kurangnya 41 orang maut manakala lebih 70 yang lain cedera dalam kejadian yang berlaku pada jam 7.30 pagi Jumaat waktu tempatan.
Kebakaran itu dipercayai bermula dari wad kecemasan di tingkat satu bangunan yang menempatkan kira-kira 100 orang pesakit.
Topic Berkaitan
#Hospital
#kebakaran
#Korea
#Korea Selatan
#mangsa kebakaran
#Miryang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan