Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Raja Hisyam Raja Zaid
Julai 5, 2020 14:50 MYT
10 berita pilihan antarabangsa sepanjang hari ini di Astro AWANI.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 5 Julai 2020.
1) COVID-19: Wilayah Victoria Australia terus catat peningkatan kes baharu
Wilayah Victoria di Australia mencatatkan 74 kes baharu positif COVID-19 pada Ahad selepas mencatatkan penambahan tiga digit 24 jam sebelumnya.
2) COVID-19: Kes positif seluruh dunia lepasi 11.15 juta
JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat.
Menurut data terbaharu Johns Hopkins University, jangkitan setakat pagi Ahad mencecah 11.15 juta kes.
3) COVID-19: Angka kematian seluruh dunia kini hampir 528,000
STATISTIK Johns Hopkins University menunjukkan angka kematian global akibat COVID-19 meningkat 4,000 kes dalam tempoh 24 jam lalu.
Jumlah kumulatif kematian global kini adalah sebanyak 527,827 kes.
4) WHO sahkan China ada laporkan kes pertama novel koronavirus
PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan China melaporkan maklumat relevan berkenaan novel koronavirus selepas mengenal pasti kes berkaitan radang paru-paru (pneumonia) di Wuhan.
5) PRU Singapura: Tempoh kempen berjalan lancar
Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura serta 10 parti pembangkang telah memanfaatkan semua platform yang dibenarkan dalam situasi pandemik COVID-19 untuk kempen masing-masing sebelum hari mengundi pada Pilihan Raya Umum Jumaat ini.
6) Bumi semakin membahang, 2020 dijangka rekod suhu paling panas
DATA terkini Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat menunjukkan Bumi semakin memanas secara berperingkat sejak penghujung abad ke-19.
7) Petugas zoo di Zurich maut diserang harimau betina Siberia
Seorang petugas di sebuah zoo di Zurich, Switzerland, maut selepas diserang seekor harimau Siberia, pada Sabtu.
8) COVID-19 claims 82 lives in Indonesia in 24 hours
Indonesia recorded 82 more COVID-19 deaths in the last 24 hours, bringing the death toll to 3,171.
The total number of positive cases now stands at 63,749 cases, with an increase of 1,607 new cases within the period.
9) Banjir besar landa Selatan Jepun, ragut 34 nyawa
Banjir besar yang melanda Selatan Jepun setakat ini meragut sekurang-kurangnya 34 nyawa.
Dalam pada itu, 200,000 penduduk di wilayah Kumamoto dinasihat bersiap-sedia untuk berpindah ke tempat selamat susulan hujan berterusan sejak Jumaat.
10) Varian terbaharu COVID-19 semakin mudah berjangkit - Penyelidik
KAJIAN saintifik terbaharu telah menemui bukti kukuh terdapat varian terbaharu virus COVID-19 dan ia telah tersebar dari Eropah ke Amerika Syarikat.
#Amerika Syarikat #Astro #Astro Awani #Australia #COVID-19 #koronavirus #maut #Melbourne #NASA #pandemik #Pertubuhan Kesihatan Sedunia #pilihan raya umum #Singapura #Switzerland