DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini. - Gambar Astro AWANI
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 1 September 2020.
Kumpulan K-Pop terkemuka, BTS sekali lagi memecah rekod dunia dengan menjadi kumpulan Korea Selatan pertama yang menduduki tangga teratas carta single Amerika Syarikat (AS).
Pihak berkuasa peralihan Sudan dengan pakatan pemberontak akhirnya memeterai perjanjian damai antara kedua-dua pihak.
Persetujuan itu diharap dapat menamatkan perang saudara yang berlanjutan sejak beberapa dekad lalu.
Mutasi COVID-19 yang lebih mudah berjangkit ditemukan di Indonesia, umum Institut Biologi Molekul Eijkman yang berpusat di Jakarta, baru-baru ini.
Difahamkan mutasi berkenaan adalah 10 kali lebih mudah berjangkit namun mempunyai impak penyebab kematian yang kurang.
4. Lubnan perlu segera membentuk sebuah kerajaan susulan pemilihan Perdana Menteri baharu, Mustapha Adib.
Lubnan perlu segera membentuk sebuah kerajaan susulan pemilihan Perdana Menteri baharu, Mustapha Adib.
Itu gesaan Presiden Perancis Emmanuel Macron yang mahu melihat negara itu pulih semula daripada kancah kemiskinan.
Raja Thailand Maha Vajiralongkorn dilaporkan sudah memberikan pengampunan ke atas bekas peneman dirajanya, Sineenat Wongvajirapakdi dan menerbangkannya ke Jerman untuk menyertai semula barisan gundik diraja.
Angka kematian akibat banjir kilat yang berlaku di utara dan timur Afghanistan meningkat kepada sekurang-kurangnya 190 penduduk, menurut pihak berkuasa.
Hong Kong mula melaksanakan ujian saringan COVID-19 secara besar-besaran pada Selasa yang menyaksikan 553,000 warganya sudah mendaftar setakat ini.
Inisiatif berkenaan melibatkan 141 pusat ujian komuniti di seluruh wilayah berkenaan yang beroperasi 12 jam sehari.
Taufan besar diramal membadai wilayah selatan kepulauan Jepun sebelum menuju ke semenanjung Korea pada awal pagi Selasa.
Pusat kaji cuaca Jepun memberi amaran angin kuat yang dibawa oleh taufan tersebut mampu mengakibatkan kemusnahan kediaman dan menyebabkan berlakunya air pasang luar biasa.
Bekas Presiden India, Pranab Mukherjee dilaporkan meninggal dunia selepas 21 hari disahkan positif COVID-19.
Menurut laporan agensi berita AP, mendiang dimasukkan ke hospital kerana menjalani pembedahan membuang darah beku pada otaknya.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan pandemik COVID-19 menjejaskan ketidaksamarataan antara kaum lelaki dan wanita.
Jelas agensi dunia itu, virus berkenaan juga telah menganggu gugat usaha memulihkan hak sama rata gender dan wanita yang diusahakan sejak berdekad lalu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami