Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Nursyazwani Saiful Sham
September 10, 2020 15:00 MYT
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 10 September 2020.
1) Indonesia catat 3,861 kes positif baharu, jumlah harian tertinggi
Indonesia mencatatkan 3,861 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, iaitu jumlah harian tertinggi direkodkan sejak virus itu mula dikesan di republik berkenaan pada 2 Mac 2020.
2) COVID-19: PSBB kembali berkuat kuasa di Jakarta mulai 14 Sept
Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) kembali berkuat kuasa di Jakarta bermula 14 Sept ini berikutan peningkatan mendadak kes positif COVID-19 di provinsi itu.
3) COVID-19: Singapura laporkan 63 kes baharu, enam kes import
Singapura pada awalnya mengesahkan 63 kes baru jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, dengan enam daripadanya kes import.
4) Vaksin COVID-19: Sinopharm mula ujian klinikal fasa ketiga di Peru
Syarikat farmaseutikal gergasi China, Sinopharm, pada Rabu memulakan ujian klinikal fasa ketiga bagi menguji vaksin COVID-19, di Peru.
5) Kerjasama baik jayakan repatriasi rakyat Malaysia di Turki
Kejayaan proses repatriasi rakyat Malaysia dari Turki adalah hasil kerjasama baik Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Turki bersama persatuan-persatuan pelajar serta agensi pelancongan.
6) Xinjiang dalam senarai kredit filem Mulan, Disney dikritik peminat
Disney dikritik selepas secara terbuka berterima kasih kepada sebuah agensi kerajaan China yang dituduh melakukan pelanggaran hak asasi manusia di Xinjiang.
7) Selepas insiden ledakan dahsyat, langit Beirut kembali diselubungi hitam suram
Selepas dikejutkan dengan insiden letupan terbesar dalam sejarah pada bulan lalu dan masih dalam proses pemulihan, warga Beirut sekali lagi panik apabila satu kebakaran besar berlaku di pelabuhan ibu kota Lubnan itu pada Khamis.
8) Lagi bangunan runtuh di Pakistan, kali ini satu maut, empat cedera
Ketika ini, anggota bomba dan pasukan penyelamat masih melakukan operasi mencari mangsa yang dikhuatiri masih tertimbus dalam runtuhan pangsapuri dua tingkat itu dengan bantuan jentera berat.
9) Tiga maut, ratusan kediaman musnah akibat kebakaran hutan di Oregon
Tiga maut dan ratusan kediaman musnah akibat kebakaran hutan yang melanda Oregon, Amerika Syarikat.
10) Menyamar etnik kulit hitam, pensyarah di AS letak jawatan
Seorang pensyarah yang digantung tugas selepas didakwa sengaja menyamar sebagai etnik kulit hitam, telah meletak jawatan.
#AS #China #COVID-19 #Disney #Indonesia #Jakarta #Pakistan #Singapura