awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Calon BN yakin pertahan Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag
Sebarang usaha normalisasi seks songsang tidak akan dikompromi - KP Jakim
[TERKINI] PRK Kinabatangan, Lamag: SPR jangka peratusan keluar mengundi 65 peratus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia catat 3,861 kes positif baharu, jumlah harian tertinggi

Bernama
Bernama
10/09/2020
10:15 MYT
Indonesia catat 3,861 kes positif baharu, jumlah harian tertinggi
Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 50,671 kes, dengan tambahan 1,274 kes baharu. - Gambar fail
Indonesia mencatatkan 3,861 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, iaitu jumlah harian tertinggi direkodkan sejak virus itu mula dikesan di republik berkenaan pada 2 Mac 2020.
Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, jumlah kes positif keseluruhan kini meningkat kepada 207,203 manakala sebanyak 95,501 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.
"Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 120 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 8,456 orang.
"Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 50,671 kes, dengan tambahan 1,274 kes baharu," menurut laman sesawang tersebut.
Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 2,688 orang, diikuti Jakarta (1,351), Jawa Tengah (1,124), Kalimantan Selatan (380), Sulawesi Selatan (374) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID19
#Indonesia
#Jakarta
#jangkitan
#jumlah harian
#kes positif
#kesihatan
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan