Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 20, 2020 15:49 MYT
Berita luar negara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 20 September 2020.
1) COVID-19: Kes positif global cecah 30.7 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 6,764,369 jangkitan.
2) COVID-19: Angka korban global hampir 955,000
Angka kematian global akibat COVID-19 meningkat lebih 5,000 kes dalam tempoh 24 jam. Ini menjadikan jumlah kumulatif bilangan yang maut akibat COVID-19 kini mencecah 954,905 kes.
3) COVID-19: UK kenakan denda hampir RM50,000 jika enggan patuhi SOP
Ia susulan lonjakan kes yang dilihat sehingga memaksa pemerintah mengesahkan negara itu sedang berdepan dengan gelombang kedua jangkitan COVID-19.
4) COVID-19: Indonesia catat 3,989 kes positif baharu
Berdasarkan data yang dimuat naik di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 107,370 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.
5) COVID-19: Singapura catat 18 kes baharu termasuk empat kes import
Menerusi data ringkas yang dikeluarkan di sini, Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu berkata kesemua kes import telah diletakkan di bawah Notis Duduk Di Rumah sejurus tiba di Singapura.
6) Hong Kong henti penerbangan dari Kuala Lumpur susulan penumpang positif COVID-19
Agensi berita South China Morning Post (SCMP) melaporkan, tindakan itu diambil selepas lima penumpang pesawat Cathay Dragon dari India yang melakukan transit di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu, didapati positif koronavirus.
7) Tuntutan Filipina ke atas Sabah tidak munasabah: Ini sebabnya..
Filipina telah memulakan tuntutan ke atas Sabah pada tahun 1962 tetapi bersetuju untuk tidak meneruskannya seperti yang diumumkan oleh Presiden Filipina pada ketika itu, Ferdinand Marcos sewaktu Sidang Kemuncak ASEAN pada tahun 1977.
8) Hakim Mahkamah Agung AS meninggal dunia
Penggantian jawatan itu dijangka menjadi pertikaian ahli politik menjelang kemuncak kempen pemilihan Presiden Amerika.
9) UFC Vegas 11: Satu tumbukan, Khamzat Chimaev menang dalam masa 17 saat
Petarung sensasi kelahiran Chechnya, Khamzat Chimaev sekali mempamerkan aksi cemerlang dalam gelanggang Octagon.
10) Selepas pamer aksi cemerlang, Colby Covington terima panggilan dari Trump
Colby Covington berjaya meraih kemenangan dalam pertarungan terbarunya menentang bekas juara kelas welterweight, Tyron Woodley.
#Amerika Syarikat #COVID-19 #Hong Kong #Johns Hopkins University #Kementerian Kesihatan #kes positif #koronavirus #meninggal dunia #penerbangan #politik #presiden #Singapura #SOP