awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hong Kong henti penerbangan dari Kuala Lumpur susulan penumpang positif COVID-19

Agensi
Agensi
20/09/2020
08:55 MYT
Hong Kong henti penerbangan dari Kuala Lumpur susulan penumpang positif COVID-19
Hong Kong henti penerbangan dari Kuala Lumpur susulan penumpang positif COVID-19. - Gambar fail
Pihak Berkuasa Penerbangan Hong Kong telah melarang penerbangan antara wilayah itu dan Kuala Lumpur selama dua minggu, berkuatkuasa serta-merta.
Agensi berita South China Morning Post (SCMP) melaporkan, tindakan itu diambil selepas lima penumpang pesawat Cathay Dragon dari India yang melakukan transit di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu, didapati positif koronavirus.
Tindakan itu telah secara tidak langsung telah menutup laluan utama bagi warga negara India yang cuba kembali ke Hong Kong selepas terkandas di negara luar berbulan-bulan lamanya.
Jurucakap Cathay Dragon berkata, pihaknya telah dimaklumkan oleh pihak kesihatan Hong Kong mengenai status lima penumpang berkenaan yang menaiki penerbangan KA734.
“Susulan arahan Jabatan Penerbangan Awam, kami akan menggantung sementara perkhidmatan penumpang kami antara Kuala Lumpur dan Hong Kong, sehingga 3 Oktober ini,” menurut syarikat penerbangan itu lagi.
Selain itu, Cathay Dragon berkata, penumpang yang terjejas akan dikembalikan semula wang mereka, atau penerbangan alternatif.
Lima penumpang yang positif itu, terbang ke Malaysia melalui syarikat penerbangan Air India Express, sebelum menaiki Cathay Dragon.
Topic Berkaitan
#Air India Express
#Cathay Dragon
#China
#COVID-19
#Hong Kong
#India
#kesihatan
#koronavirus
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan