RATUSAN ribu jangkitan baharu COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Terkini, jumlah kumulatif kes positif koronavirus tersebut di seluruh dunia adalah pada 30,666,122.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 6,764,369 jangkitan.

Ini diikuti India dengan 5,308,014 kes, manakala Brazil merekodkan 4,528,240 kes.

Jangkitan COVID-19 di Rusia pula melepasi angka satu juta kes.

Sementara itu, Peru, Columbia, Mexico, Afrika Selatan, Sepanyol dan Argentina melepasi angka setengah juta kes.

Perancis, Chile, Iran, United Kingdom, Bangladesh, Arab Saudi, Iraq, Pakistan dan Turki pula mencatatkan angka kira-kira 300,000.

Negara yang merekodkan angka positif melebihi 200,000 termasuk Itali, Filipina, Jerman dan Indonesia.

Dalam pada itu, negara yang melepasi angka 100,000 adalah Ukraine, Kanada, Bolivia, Qatar, Ecuador, Kazakhstan, Romania, Panama dan Mesir.

Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000.