Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Nursyazwani Saiful Sham
Oktober 29, 2020 15:50 MYT
Antara pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KUALA LUMPUR: ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 29 Oktober 2020.
1) Wanita dipenggal kepala antara mangsa maut dalam serangan di gereja Perancis
Seorang wanita dipenggal kepalanya oleh seorang lelaki bersenjatakan pisau di sebuah gereja di Nice, Perancis dan membunuh dua yang lain pada Khamis.
2) Macron sasar golongan radikal, bukan umat Islam - Kedutaan Perancis
Kedutaan Perancis di Malaysia berkata Perancis tidak memihak atau memburukkan mana-mana agama dan ia menjamin wujudnya kedamaian untuk semua penganut agama dalam kerangka undang-undang dan prinsip republik itu, ketika seruan umat Islam memboikot produk Perancis.
3) COVID-19: Kes positif di India kini melepasi 8 juta
Kes positif COVID-19 di Inida kini melepasi 8 juta kes pada Khamis. Namun, kes baharu yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu menunjukkan penurunan dengan 49,881 kes dan 517 kes kematian.
4) COVID-19: Perancis, Jerman laksana penutupan kali kedua seluruh negara
Perancis dan Jerman mengarahkan penutupan nasional kali kedua di seluruh negara bagi menangani gelombang baharu COVID-19 dengan kebimbangan mengenai kadar jangkitan pada musim sejuk yang dijangka meningkat.
5) COVID-19: Kes positif global 44.4 juta, kematian cecah 1.17 juta
Jmlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini berjumlah 44,386,621 kes. Ini berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu yang direkodkan dalam tempoh 24 jam.
6) Thailand terima kemasukan pelancong kapal persiaran, kapal layar
Kabinet Thailand meluluskan kemasukan penumpang kapal persiaran dan kapal layar luar memasuki negara itu, dalam usaha merancakkan semula sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
7) Australian scientists find huge new healthy coral reef off northern coast
Australian scientists found a detached coral reef on the Great Barrier Reef that exceeds the height of the Empire State Building and the Eiffel Tower, the Schmidt Ocean Institute said this week, the first such discovery in over 100 years.
8) Afghan prisoners die after swallowing pills in riot
Seven prisoners died in western Afghanistan after they swallowed "poisonous" pills stolen from the jail's clinic during a riot, officials said on Thursday.
9) Singapore firm invents coronavirus breathalyser with results in seconds
A company in Singapore has developed a breathalyser test for the new coronavirus which it says will enable people to know whether they are infected in under a minute.
10) Americans plan widespread protests if Trump interferes with election
Dozens of activist groups who claim to represent millions of Americans from both political parties plan to hit the streets next week, if President Donald Trump appears to be interfering with vote counting or manipulating poll results after Election Day.
#Donald Trump #Afghanistan #WHO #Thailand #COVID-19 #undang-undang #serangan #Jerman #Perancis #berita pilihan