KUALA LUMPUR:Perancis dan Jerman mengarahkan penutupan nasional kali kedua di seluruh negara bagi menangani gelombang baharu COVID-19 dengan kebimbangan mengenai kadar jangkitan pada musim sejuk yang dijangka meningkat.
Presiden Perancis Emmanuel Macron menyatakan arahan itu akan berkuat kuasa bermula Jumaat ini manakala Canselor Jerman, Angela Merkel pula berkata penutupan di Jerman bermula Isnin depan.
Kedua-dua negara melaksanakan penutupan sepenuhnya selama empat minggu sepanjang bulan November ini.
Macron berkata, "virus ini menjangkiti dengan cepat malah sukar diramalkan, seperti negara jiran kita juga mengalami perkara yang sama.
"Kita semua berada dalam posisi yang sama, dibadai gelombang kedua yang kita tahu lebih buruk dan teruk berbanding yang pertama, jadi saya memutuskan bahawa kita perlu kembali ke penutupan nasional untuk menghentikan virus," jelasnya.
Langkah terbaru Perancis itu menyaksikan orang ramai akan diminta tinggal di rumah kecuali untuk membeli barangan keperluan harian, perubatan atau bersukan satu jam sehari.
Restoran, bar, pusat riadah juga dan perniagaan tidak penting akan ditutup.
Mereka yang dibenarkan bekerja hanya sektor seperti perkilangan, perladangan dan kerja yang memerlukan mereka berada di pejabat.
Sekolah bagaimanapun akan terus dibuka setakat ini dan sesiapa yang meninggalkan kediaman perlu membawa dokumen yang membenarkan mereka berada di luar rumah serta diperiksa polis.
Dalam pada itu, Jerman pula akan menutup bar, restoran dan teater di bawah langkah yang dipersetuji Merkel dan Gabenor di semua negeri.
Sekolah dan kedai akan dibenarkan beroperasi namun dalam had masa yang terhad.
"Kita perlu mengambil tindakan sekarang, sistem kesihatan kita mungkin dapat mengawal keadaan hari ini namun, kecepatan jangkitan ini akan menghadkan kawalan kita terhadap virus dalam beberapa minggu akan datang," kata Merkel.
Pertambahan kes baharu di Jerman sebanyak 14,964 manakala Perancis 380 kes setiap 100,000 penduduk.
Perancis merupakan negara kelima tertinggi kes jangkitan dengan 1,280,215 manakala Jerman sebanyak 486,972.
Kedua-dua negara masing-masing merekodkan angka kematian sebanyak 35,823 dan 10,259.
Agensi
Thu Oct 29 2020
Kedua-dua negara melaksanakan penutupan sepenuhnya selama empat minggu sepanjang bulan November ini. - Gambar fail
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Bekas Canselor Jerman Angela Merkel terima anugerah tertinggi negara
Merkel memegang jawatan canselor dari 2005 hingga 2021.
Jerman hentikan operasi tiga loji nuklear terakhir
Jerman menghentikan operasi tiga loji tenaga nuklear terakhirnya pada Sabtu sebagai sebahagian daripada peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui.
Canselor Jerman: Era pemerintahan Angela Merkel tamat selepas 16 tahun
Olaf Scholz secara rasmi dilantik sebagai Canselor Jerman yang baharu pada Rabu menggantikan Angela Merkel.
COVID-19: Jerman debat isu wajibkan vaksinasi
Pada Ahad, kes jangkitan koronavirus sepanjang tujuh hari lalu di Jerman meningkat ke paras tertinggi sejak wabak itu bermula untuk hari ke-14 berturut-turut.
COVID-19: Jerman bakal kenakan peraturan baharu
Peraturan baharu itu akan dibawa ke Parlimen untuk diluluskan hari ini.
COVID-19: Angela Merkel rayu rakyat Jerman segera dapatkan vaksin
Ini kerana, kata Merkel, kadar jangkitan COVID-19 di negara itu mencecah angka baharu tertinggi dengan bilangan korban turut meningkat.
Sekatan Jerman terhadap minyak sawit berdasarkan kepada maklumat palsu
Sekatan Jerman terhadap minyak sawit adalah berdasarkan kepada maklumat palsu dan secara sengaja tidak merujuk kepada fakta alam sekitar.
Parti Canselor Angela Merkel mula kempen pilihan raya secara rasmi
Parti Kristian Demokrat (CDU) yang kini dipimpin Armin Laschet berharap dapat terus mentadbir negara selepas Merkel umum mahu mengundur diri.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman bakal kenakan caj ujian COVID-19 kepada yang enggan terima vaksin
Tiada lagi ujian saringan COVID-19 percuma untuk golongan yang enggan menerima vaksin, kata Canselor Angela Merkel pada Selasa.