awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand terima kemasukan pelancong kapal persiaran, kapal layar

Bernama
Bernama
28/10/2020
20:51 MYT
Thailand terima kemasukan pelancong kapal persiaran, kapal layar
Minggu lepas, Thailand menyambut ketibaan kumpulan pertama pelancong dari Shanghai selepas mengenakan larangan kemasukan pelancong tetap sejak April tahun ini. (Foto AP/Hiasan)
BANGKOK:Kabinet Thailand pada Rabu meluluskan kemasukan penumpang kapal persiaran dan kapal layar luar memasuki negara itu, dalam usaha merancakkan semula sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
Timbalan jurucakap kerajaan, Traisuree Taisaranakul berkata mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha semalam, bersetuju membenarkan penumpang kapal persiaran dan kapal layar dari negara risiko rendah dan pertengahan memasuki negara itu.
Beliau berkata semua penumpang atas kapal harus mematuhi langkah-langkah kesihatan yang ketat yang dikenakan oleh kerajaan termasuk menjalani kuarantin 14 hari dan mendapatkan insurans kesihatan yang meliputi rawatan COVID-19 dan penyakit lain berjumlah US$100,000 atau setaraf.
"Penumpang kapal persiaran dan kapal layar akan diberi Visa Pelancong Khas (STV) berharga 2,000 baht. Mereka dibenarkan untuk melanjutkan visa itu sehingga 90 hari untuk dua kali," katanya pada sidang media di sini semalam.
Bagaimanapun, Traisuree tidak menjelaskan lebih lanjut bila inisiatif itu akan bermula.
Minggu lepas, Thailand menyambut ketibaan kumpulan pertama pelancong dari Shanghai selepas mengenakan larangan kemasukan pelancong tetap sejak April tahun ini.
Sementara itu, Kabinet semalam turut meluluskan lanjutan satu bulan lagi, perintah darurat sehingga akhir November.
Jurucakap kerajaan Anucha Burapachaisri berkata lanjutan kelapan itu bertujuan mengekang penularan COVID-19 secara berkesan di negara itu.
Sehingga kini Thailand merekodkan 3,759 kes COVID-19 dengan 59 kematian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#COVID-19
#Traisuree Taisaranakul
#sektor pelancongan
#kapal persiaran
#kapal layar
#kabinet
#pelancong
#Visa Pelancong Khas
#larangan kemasukan pelancong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan