ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 12 November 2020.

1. Wartawan radio terbunuh dalam letupan di Afghanistan

Seorang wartawan radio, Elyas Dayee terbunuh dalam letupan bom di selatan Afghanistan pada Khamis.

2. Kedutaan Arab Saudi di The Hague diserang dengan tembakan

Kedutaan Arab Saudi di The Hague, Belanda menjadi sasaran serangan tembakan pada awal pagi Khamis yang meninggalkan kesan lubang peluru pada beberapa tingkap dan bahagian depan bangunan tersebut .

3. Monopoli enjin carian: 165 syarikat EU desak Google disiasat

SEKUMPULAN syarikat dan perbadanan industri Kesatuan Eropah (EU) mendesak Suruhanjaya Antitrust EU agar mengambil tindakan terhadap Google atas dakwaan memonopoli enjin cariannya.

4. Muhyiddin gariskan empat fokus utama pada Sidang Kemuncak ASEAN-Jepun ke-23

Empat fokus utama digariskan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya pada Sidang Kemuncak ASEAN-Jepun ke-23 merangkumi kerjasama dalam bidang ekonomi, teknologi dan pendidikan serta Strategi Indo-Pasifik ASEAN (AOIP).

5. COVID-19: Jumlah kes positif hampir 52 juta, kematian 1.3 juta

BILANGAN kes positif COVID-19 di peringkat global kini hampir 52 juta dengan jumlah kumulatif terkini ialah sebanyak 51,857,776.

6. Trump buat penampilan rasmi pertama selepas pilihan raya

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump membuat penampilan pertama di khalayak umum sejak menghabiskan beberapa hari berlindung di White House susulan keputusan Pilihan Raya Presiden.

7. COVID-19: Gabenor Indiana umum perintah sekatan baharu

GABENOR Indiana Eric Holcomb mengumumkan untuk mengembalikan semula sekatan selepas beberapa minggu.

8. Maradona discaj dari hospital selepas jalani pembedahan otak

BEKAS bintang bola sepak Argentina, Diego Maradona dibenarkan keluar dari sebuah hospital pada Rabu setelah seminggu menjalani pembedahan otak.

9. Sidang Kemuncak ASEAN: Malaysia ulangi sokongan padu terhadap Palestin

Malaysia kekal mendukung perjuangan rakyat Palestin dan menyokong usaha mencari penyelesaian damai yang berkekalan dan adil dalam kancah Israel-Palestin sejajar dengan undang-undang antarabangsa serta ketetapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menerusi rundingan.

10. Isu Laut China Selatan perlu diselesaikan secara aman, konstruktif - Muhyiddin

Malaysia menegaskan pendiriannya bahawa segala pertikaian di Laut China Selatan perlu ditangani secara aman dan konstruktif, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.