Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 17, 2020 15:02 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 17 November 2020.
1) COVID-19: Indonesia catat 3,807 kes baharu, perhimpunan penyokong Rizieq Shihab cetus kebimbangan
Indonesia mencatatkan 3,807 kes jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini 474,455 kes.
2) Jepun, IOC setuju Olimpik dianjurkan seperti dirancang
Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga pada Isnin bersetuju dengan ketua Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach, penganjuran Sukan Olimpik Tokyo akan diadakan seperti dirancang dan mungkin dengan kehadiran penonton, lapor Kyodo News.
3) Penurunan permintaan perjalanan: AirAsia Japan failkan muflis
Syarikat bersekutu 33 peratus milik AirAsia Group Bhd di Jepun, AirAsia Japan Co Ltd (AAJ) hari ini memfailkan muflis.
4) Protes Thailand: Isu tuntutan penunjuk perasaan dibangkitkan dalam sidang Parlimen
Protes di Thailand yang dilihat tidak berkesudahan kini mendapat perhatian penggubal undang-undang selepas salah satu tuntutan oleh penunjuk perasaan anti-kerajaan dibangkitkan dalam sidang Parlimen pada Selasa.
5) Demonstrasi di Bangkok: Polis halang penunjuk perasaan dengan meriam air, gas pemedih mata
Pihak polis Thailand menyembur meriam air dan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan dalam usaha menghalang mereka daripada melepasi dawai besi dan memasuki kawasan bangunan Parlimen, pada Selasa.
6) Peru buka siasatan terhadap bekas presiden Merino
Peguam Negara Peru Zoraida Avalos pada Isnin berkata pihaknya akan membuka kertas siasatan terhadap bekas presiden Manuel Merino atas pertuduhan melakukan pembunuhan, berikutan kematian dua penunjuk perasaan pada Sabtu.
7) Menteri Luar Bahrain akan lawat Israel
Menteri Luar Bahrain, Abdullatif al-Zayani akan melakukan lawatan rasmi pertamanya ke Israel sejak negaranya menjalin hubungan diplomatik dengan Tel Aviv pada September, lapor Agensi Anadolu.
8) Iran beri amaran AS berdepan akibat buruk jika lancar serangan
Amerika Syarikat (AS) diberi amaran akan berdepan dengan akibat buruk jika berhasrat untuk menyerang tapak nuklear di Iran.
9) Empat angkasawan berlepas dengan SpaceX selamat tiba di ISS
Empat angkasawan yang berjaya berlepas dengan kapsul baharu SpaceX Crew kini menyertai kru yang sudah berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
10) At least six dead after suicide bomber attacks restaurant in Somali capital
Six people died on Tuesday in Somalia's capital Mogadishu when a suicide bomber blew himself up in a restaurant near a police academy, a police spokesman and a witness said.
#Bangkok #Perdana Menteri #Indonesia #Thailand #Penunjuk perasaan #Amerika Syarikat #AS #Japan #COVID-19 #Parlimen #AirAsia