awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Protes Thailand: Isu tuntutan penunjuk perasaan dibangkitkan dalam sidang Parlimen

Agensi
Agensi
17/11/2020
11:52 MYT
Protes Thailand: Isu tuntutan penunjuk perasaan dibangkitkan dalam sidang Parlimen
Sidang Parlimen dijangka tidak akan meluluskan pindaan perlembagaan walaupun sesi tunjuk perasaan masih berlangsung tanpa henti terutamanya oleh penunjuk perasaan anti-kerajaan. - AP
BANGKOK:Protes di Thailand yang dilihat tidak berkesudahan kini mendapat perhatian penggubal undang-undang selepas salah satu tuntutan oleh penunjuk perasaan anti-kerajaan dibangkitkan dalam sidang Parlimen pada Selasa.
Salah satu tuntutan yang dibangkitkan adalah perubahan pada Perlembagaan.
Tujuh draf pindaan perlembagaan dijadualkan untuk melalui proses undian dalam sesi bersama selama dua hari oleh ahli Dewan dan Senat.
Ini kerana berdasarkan perlembagaan negara itu, sebarang perubahan pada perlembagaan perlu dicapai bersama oleh kedua-dua badan tersebut.
Apa jua pindaan yang dibentangkang perlu melalui bacaan kedua dan ketiga sekurang-kurangnya sebulan selepas proses undian dijalankan.
BACA: Protes Bangkok: Penunjuk perasaan adakan 'Mob Fest' menjelang demonstrasi mega 21 Nov
Bagaimanapun, sidang Parlimen dijangka tidak akan meluluskan pindaan perlembagaan walaupun sesi tunjuk perasaan masih berlangsung tanpa henti terutamanya oleh penunjuk perasaan anti-kerajaan.
Sebaliknya, sidang Parlimen dijangka akan menubuhkan sebuah jawatankuasa penggubalan perlembagaan bagi melaksanakan rang undang-undang baharu.
BACA: Protes Thailand: Sami Buddha dilarang sertai demonstrasi
Dengan usaha ini, ia membolehkan kerajaan melaksanakan sebahagian tuntutan penunjuk perasaan sambil melambatkan proses pelaksanaan itu yang dijangka akan mengambil berbulan lamanya.
Topic Berkaitan
#Thailand
#Bangkok
#Penunjuk perasaan
#Parlimen
#undang-undang
#protes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan