DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 27 Disember 2020.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 18.8 juta kes.
Thailand mengesan dua kluster baharu COVID-19 ketika gelombang jangkitan baharu terus menyumbang kepada jumlah kes harian yang kekal tiga digit di negara itu.
Singapura akan mula melaksanakan pemvaksinan COVID-19 dengan pekerja kesihatan di Pusat Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit (NCID) pada 30 Dis ini, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu hari ini.
Ia susulan program imunisasi yang dilancarkan hanya beberapa jam selepas negeri itu menerima penghantaran bekalan vaksin buatan syarikat farmaseutikal Pfizer dan BioNTech.
Beberapa negara di Eropah mula terima penghantaran pertama vaksin COVID-19 pada Sabtu. Antara penerima pertama vaksin di Jerman merupakan seorang warga emas berusia 101 tahun.
Memetik laporan The Sunday Telegraph berdasarkan pelan yang dirancang barisan kabinet, vaksin buatan Universiti Oxford bersama syarikat farmaseutikal AstraZeneca bakal menjadi vaksin kedua yang dilancarkan dalam program imunisasi UK.
Sekurang-kurangnya 10 pendaki maut sementara beberapa lagi dilaporkan hilang akibat runtuhan salji di ibu negara Iran, Tehran.
Empat individu termasuk seorang juruterbang dan pembantunya terkorban selepas sebuah pesawat milik tentera Pakistan yang terlibat dalam misi penyelamat terhempas pada Ahad.
Polis Amerika Syarikat (AS) menggeledah sebuah rumah di Nashville susulan insiden letupan kuat dari sebuah kenderaan yang menggegarkan bandar itu pada Sabtu.
Ratusan migran pada sabtu terperangkap dalam sisa khemah terbakar di Bosnia kerana cuaca salji lebat dan suhu sejuk melampau yang melanda di negara itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami