DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 19 Januari 2021.
1. COVID-19 ragut nyawa lebih 2.03 juta di seluruh dunia
Angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 2.03 juta kes. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 398,000 kes.
2. COVID-19: Kes positif seluruh dunia lebih 95 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 95 juta. Data terbaharu Johns Hopkins University turut menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 24 juta kes.
3. COVID-19: Pengedaran vaksin tidak saksama ancaman buat negara miskin - WHO
Tidak adil bagi populasi muda dan berkemampuan di negara kaya mendapat vaksin berbanding warga emas di negara miskin.
Tegas Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, ketika ini ada situasi di mana hanya 25 dos diberikan kepada salah satu negara berpendapatan rendah.
4. Penumpang pesawat Filipina diwajibkan pakai PPE
Penumpang pesawat di FIlipina diwajibkan memakai PPE untuk menaiki penerbangan. Arahan tersebut dilaksanakan selepas kes di negara itu menunjukkan lonjakan sehingga lebih 500,000 kes.
5. Menjelang angkat sumpah, Kamala Harris ucap selamat tinggal kepada perwakilan Senat
Bakal Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris akan melepaskan kerusi Senatnya pada Isnin, dua hari sebelum beliau dan bakal Presiden Joe Biden mengangkat sumpah.
Berikutan Dewan Senat tidak bersidang sehingga Selasa, Harris memuat naik video selamat tinggal di media sosialnya bagi menzahirkan penghargaan dipilih mewakili negeri kelahirannya.
6. COVID-19: Seorang pesakit ditahan di wad setiap 30 saat di UK
Jumlah pesakit COVID-19 di hospital di United Kingdom berada pada tahap tertinggi sejak bermulanya pandemik tersebut Malah, menurut Setiausaha Kesihatan (UK) Matt Hancock pada Isnin, seorang pesakit ditahan di wad di negara itu, bagi setiap 30 saat.
7. Trump tamatkan larangan masuk untuk Schengen, UK, Brazil bermula 26 Jan
Presiden Donald Trump menarik balik sekatan perjalanan terhadap Schengen Area, United Kingdom (UK), Ireland dan Brazil yang dikenakan susulan wabak COVID-19, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik proklamasi di laman web Rumah Putih.
8. Biden mahu kekalkan sekatan perjalanan pelawat Eropah, Brazil - Jurucakap
Bakal Presiden Amerika Syarikat Joe Biden tidak akan menarik semula sekatan perjalanan berkaitan COVID-19 untuk kemasukan dari Eropah dan Brazil, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik jurucakap Jen Psaki.
9. China lancar prototaip kereta api Maglev terpantas di dunia
China mendedahkan negara itu melancarkan prototaip kereta api Maglev paling pantas yang pertama dunia di bandar Chengdu, 13 Januari lalu. Ujian pengendalian kereta api juga dilakukan pada hari sama.
10. COVID-19: Setiausaha Kesihatan Britain kuarantin diri, dikhuatiri ada kontak rapat
Setiausaha Kesihatan Britain Matt Hancock mengambil keputusan untuk mengasingkan diri secara sukarela bermula Selasa.
Beliau bertindak menjalankan kuarantin kendiri itu selepas mendapat notifikasi daripada aplikasi pengesanan kontak nasional bahawa beliau merupakan kontak rapat dengan kes positif COVID-19.

#Donald Trump
#WHO
#COVID-19
#pandemik
#Joe Biden
#berita pilihan
#berita antarabangsa
#Astro Awani
#berita luar negara
#Amerika Syarikat