WASHINGTON:Presiden Donald Trump menarik balik sekatan perjalanan terhadap Schengen Area, United Kingdom (UK), Ireland dan Brazil yang dikenakan susulan wabak COVID-19, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik proklamasi di laman web Rumah Putih.
"Proklamasi 9993 pada 11 Mac 2020 (Penangguhan Kemasukan Sebagai Imigran dan Bukan Imigran Orang Tambahan Tertentu yang Berisiko Menularkan COVID-19, 2019), Proklamasi 9996 14 Mac 2020..., dan Proklamasi 10041 dari 24 Mei 2020..., dengan ini ditamatkan berkuat kuasa 12.01 pagi (waktu timur) pada 26 Januari 2021," kata pengisytiharan itu.
Trump menjelaskan negara terlibat memberikan kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS), berkongsi rekod ujian COVID-19 yang tepat serta terkini.
"Kerjasama ini bertentangan dengan sikap kerajaan dan syarikat milik China dan Iran, yang berulang kali gagal bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan awam AS dan berkongsi maklumat tepat mengenai penyebaran virus," menurut proklamasi tersebut.
"Sehubungan itu, Setiausaha (Kesihatan) telah menasihati saya untuk menarik semula sekatan terhadap Kawasan Schengen, UK, Ireland dan Brazil, manakala sekatan ke atas China dan Iran dikekalkan.
"Saya bersetuju dengan Setiausaha bahawa tindakan ini adalah cara terbaik untuk terus melindungi rakyat Amerika daripada COVID-19 selain membolehkan perjalanan disambung semula dengan selamat," kata Trump.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 19 2021

TRUMP: Saya bersetuju dengan Setiausaha bahawa tindakan ini adalah cara terbaik untuk terus melindungi rakyat Amerika daripada COVID-19. - Gambar fail

AWANI Ringkas: 3 'Tan Sri', 'Datuk' disyaki dalang kartel dadah | Kes COVID-19 di Malaysia cecah 300,000

Darurat COVID-19 diperlukan - Muhyiddin
Muhyiddin berkata beliau tetap berpegang pada janji bahawa darurat akan ditamatkan lebih awal daripada tarikh 1 Ogos jika pandemik COVID-19 berjaya dibendung.

Garis Masa: Februari 2021 pun berakhir...antara sorotan berita penting bulan ini
Walaupun hanya 28 hari, tetapi banyak perkara besar yang berlaku di negara ini dalam tempoh tersebut. Ikuti antara isu menjadi tumpuan netizen sepanjang Februari 2021. #AWANInews #MyVaksinCOVID19 #HapusCOVID19

Kudeta Myanmar | Ketegangan meningkat, empat dilapor maut dalam protes
Setelah sebulan Myanmar berada bawah pimpinan Junta tentera, kawalan pihak berkuasa ditingkatkan kepada tahap tertinggi hari ini. Sekurang-kurangnya empat dilaporkan maut dalam tunjuk perasaan yang tercetus di beberapa bandar.

Cetak Rompak | Penguatkuasa perlu lebih agresif - Seniman
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menggesa semua agensi penguatkuasa menggembleng usaha menangani isu cetak rompak dengan lebih agresif. Presidennya, Rozaidi Jamil berkata penguatkuasaan isu cetak rompak ketika ini perlu fokus kepada penjualan kandungan secara digital yang semakin serius.
![[INFOGRAFIK] COVID-19: Hari ini 2,437 kes harian baharu dilaporkan [INFOGRAFIK] COVID-19: Hari ini 2,437 kes harian baharu dilaporkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892911/8967789641614516416020_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] COVID-19: Hari ini 2,437 kes harian baharu dilaporkan
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 300,752 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 26,205 kes. Dalam pada itu, bilangan kes sembuh hari ini ialah 3,251 kes menjadikan jumlah kes pulih sebanyak 273,417 kes. Sehingga kini, 202 kes positif sedang dirawat di ICU, 93 kes memerlukan bantuan pernafasan. Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 9 kes kematian hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian 1,130 kes.

Muhyiddin tetap perkukuh hubungan antarabangsa
Dalam keadaan dunia bergelut dengan COVID-19 yang mengehadkan pergerakan manusia, hubungan antarabangsa Malaysia dengan rakan asing tetap mantap.

COVID-19 | Risiko tinggi jika dijangkiti COVID-19
Dianggarkan lebih sejuta penduduk Malaysia menghidap penyakit jarang jumpa. Penasihat Persatuan Penyakit Jarang Jumpa Malaysia (MRDS), Dr Thong Meow Keong mendedahkan lebih membimbangkan apabila pesakit berkenaan berdepan risiko lebih tinggi, sekiranya dijangkiti COVID-19. Ini kerana, kebanyakan penyakit ini sukar untuk dikenalpasti memandangkan ia tidak mempunyai ciri khas seperti penyakit kronik lain.

Prihatin Rakyat | BPN ringankan kesukaran hidup
Walaupun berdepan detik sukar ketika penularan pandemik COVID-19 dan ketidaktentuan ekonomi, namun kerajaan masih meneruskan keprihatinan bagi kebajikan rakyat. Prihatin dengan nasib yang ditimpa, pelbagai inisiatif termasuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) disediakan bertujuan meringankan beban rakyat. Pada 27 Mac lalu kerajaan melancarkan BPN, sebanyak RM9.24 bilion dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 (PRIHATIN) bagi memastikan tiada golongan yang tercicir.

Kartel Dadah | Tiga individu bergelar Tan Sri dan Datuk dipantau
Tiga individu bergelar Tan Sri dan Datuk disyaki dalang utama kartel dadah di negara ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain ketika mendedahkan, kesemua individu terbabit menggunakan taktik licik dengan berselindung di sebalik perniagaan seperti perhotelan, perkapalan, pengangkutan dan besi, bertujuan mengelak kegiatan mereka dikesan.

Pembunuhan Khashoggi: AS kenakan sekatan visa sasar warga Arab Saudi
Pentadbiran Joe Biden bagaimanapun tidak pula mengenakan sekatan ke atas Mohammed Salman.

Persidangan Keselamatan: WHO beri amaran jangan politikkan COVID-19
Menurut Tedros, virus COVID-19 itu harus menjadi titik penyatuan ideologi politik, dalam usaha mengekang penularannya.

Biden dijangka umum dana AS$2 bilion untuk inisiatif vaksin pada persidangan G7
Ia bagi meningkatkan usaha membekalkan vaksin ke negara berpendapatan rendah dan sederhana apabila negara-negara kaya didakwa memonopoli bekalan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Trump Plaza Atlantic City dirobohkan
Laporan media antarabangsa melaporkan rata-rata mereka yang hadir sangat teruja untuk menyaksikan momen bersejarah tersebut.

Iran umum enggan beri kerjasama kepada IAEA
Tehran akan menghentikan untuk melaksanakan pendekatan ketelusan secara sukarela, di bawah protokol Perjanjian Nuklear 2015.

ByteDance batal hasrat jual operasi Tiktok di Amerika Syarikat
Pemilik media sosial TikTok membatalkan hasrat mereka untuk menjual syarikat tersebut kepada syarikat tempatan di Amerika Syarikat.

Trump bebas tuduhan: Speaker Dewan sifatkan Senat Republikan 'pengecut'
Nancy Pelosi menyifatkan Senat Republikan sebagai pengecut susulan keputusan perbicaraan mengenai rusuhan di Bangunan Capitol, Washington DC yang membebaskan bekas presiden Donald Trump.

Donald Trump bebas tuduhan hasut penyokong merusuh
Senat Amerika Syarikat membebaskan Donald Trump daripada pertuduhan bertanggungjawab menyebabkan rusuhan di Bangunan Capitol, Washington DC 6 Januari lalu.

COVID-19: Biden kritik cara Trump kendali vaksin, nasihat rakyat bersabar
Biden berkata, kerajaan Amerika Syarikat telah menandatangani kontrak 100 juta dos vaksin Moderna dan 100 juta lagi dari Pfizer.