Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 26, 2021 15:25 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 26 Januari 2021.
1) Kes COVID-19 di Indonesia sudah melepasi angka 1 juta, dengan 13,094 kes positif baharu
Selepas 11 bulan, jangkitan COVID-19 di Indonesia sudah melapsi angka 1 juta kes, selepas merekodkan 13,094 kes positif baharu pada Selasa.
2) COVID-19: Ribuan dikaitkan dengan kluster hospital Taiwan
Pihak berkuasa kesihatan Taiwan mengarahkan 5,000 individu dikuarantin bagi mengenal pasti punca dua jangkitan COVID-19 yang dikaitkan di sebuah hospital.
3) COVID-19: Moderna sahkan vaksin berkesan tangani mutasi baharu virus
Namun, syarikat farmaseutikal itu mengambil langkah berjaga-jaga dengan menguji kemungkinan dos penguat tambahan diperlukan terhadap mutasi yang ditemui di Afrika Selatan.
4) PM Itali serah surat peletakan jawatan dalam usaha bentuk gabungan baharu
Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte menyerahkan surat peletakan jawatannya pada Selasa- satu tindakan yang dilihat sebagai strategi politik dalam usahanya mendapatkan sokongan untuk membentuk gabungan baharu.
5) Donald Trump umum buka Pejabat Bekas Presiden AS
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah memberi kemas kini pertamanya sejak beliau meninggalkan Oval Office, awal bulan ini.
6) Davos 2021: Gelembung perjalanan mampu pulih ekonomi dunia
Inisiatif gelembung perjalanan dan laluan hijau perniagaan dilihat amat penting sebegai inisiatif dalam memulihkan semula ekonomi menerusi proses rantaian bekalan.
7) Destinasi pinggir bandar dijangka jadi pilihan penduduk China
Kemunculan sebula kes baharu COVID-19 dibeberapa kawasan di China dijangka mempengaruhi pilihan destinasi percutian penduduk negara itu sempena Tahun Baharu Cina.
8) Selepas Arab Saudi, belalang juta dijangka 'serang' Afrika Timur pula
Afrika Timur dijangka berdepan ancaman belalang juta yang lebih teruk selepas kawanan serangga itu ketika ini menjejaskan Arab Saudi.
9) Pelakon Jayashree Ramaiah dipercayai mati bunuh diri - Polis India
Seorang lagi pelakon India, Jayashree Ramaiah ditemukan mati tergantung di kediamannya di Bengaluru, semalam.
10) Saima Mohsin wanita Muslim pertama jadi Peguam Besar Negeri AS
Amerika Syarikat (AS) bakal menyaksikan sejarah apabila seorang wanita berketurunan Amerika-Pakistan bakal menjadi wanita Muslim pertama menjawat jawatan sebagai Peguam Besar Negeri negara itu.
#Donald Trump #Indonesia #AS #PM #China #India #kes positif #Peguam Negara #Afrika Selatan #vaksin #COVID-19 #Cina #mati #politik #bunuh #bunuh diri