awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran alami gangguan internet menyeluruh ketika protes antikerajaan merebak ke seluruh negara
Keputusan AGC tidak teruskan 47 pertuduhan terhadap Zahid cetus persoalan ketelusan – Ramkarpal
ISTAF beri Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes COVID-19 di Indonesia sudah melepasi angka 1 juta, dengan 13,094 kes positif baharu

Astro Awani
Astro Awani
26/01/2021
09:48 MYT
Kes COVID-19 di Indonesia sudah melepasi angka 1 juta, dengan 13,094 kes positif baharu
336 pesakit telah meninggal dunia dalam masa 24 jam terakhir, menjadikan angka kematian di Indonesia akibat virus korona itu adalah seramai 28,468 orang. - Gambar fail
JAKARTA:Selepas 11 bulan, jangkitan COVID-19 di Indonesia sudah melapsi angka 1 juta kes, selepas merekodkan 13,094 kes positif baharu pada Selasa.
Media tempatan melaporkan, berdasarkan data Satuan Tugas Penanganan COVID-19, sudah tercatat sejumlah 1,012,350 kes COVID-19 di republik itu, sejak kes pertama direkod pada 2 Mac tahun lalu.
Maklumat tersebut dikemas kini berdasarkan data yang diakses melalui laman covid19.go.id.
Sementara itu, 336 pesakit telah meninggal dunia dalam masa 24 jam terakhir, menjadikan angka kematian di Indonesia akibat virus korona itu adalah seramai 28,468 orang.
Setakat ini terdapat 163,526 kes aktif yang masih dalam pemantauan, manakala 82,156 lagi berstatus suspek COVID-19.
Data berkenaan juga menunjukkan pertambahan pesakit yang sembuh iaitu sejumlah 10,868 orang dalam tempoh 24 jam.
Mereka disahkan sembuh selepas didapati dua kali negatif dalam pemeriksaan makmal menerusi kaedah polymerase chain reaction (PCR). Keseluruhan jumlah pesakit yang sembuh dari COVID-19 di Indonesia kini berjumlah 820,356 orang.
Kes COVID-19 di Indonesia sudah tercatat di semua wilayah di Indonesia, dari Aceh hingga Papua.
Lebih terperinci, ada 510 daerah dan kota dari 34 wilayah yang mencatat kes jangkitan virus korona itu, sekali gus bermakna penularannya sudah terdapat di lebih dari 99 peratus wilayah Indonesia.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#kes positif
#jangkitan baharu
#pandenmik
#COVID-19
#Jakarta
#kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan