awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Libya adakan pengebumian ketua tentera, pegawai maut nahas pesawat di Turkiye
Rusia lancar serangan udara paling lama ke atas Kyiv menjelang rundingan damai Trump-Zelensky
Netanyahu bakal bertemu Trump di AS ketika rundingan gencatan senjata Gaza perlahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Itali serah surat peletakan jawatan dalam usaha bentuk gabungan baharu

Agensi
Agensi
26/01/2021
12:40 MYT
PM Itali serah surat peletakan jawatan dalam usaha bentuk gabungan baharu
Conte menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Sergio Mattarella pada Selasa. - REUTERS
PERDANA Menteri Itali, Giuseppe Conte menyerahkan surat peletakan jawatannya pada Selasa- satu tindakan yang dilihat sebagai strategi politik dalam usahanya mendapatkan sokongan untuk membentuk gabungan baharu.
Beliau berada dalam keadaan terdesak ketika berhadapan pandemik COVID-19 dan kemelesetan ekonomi susulan pergolakan politik di negara itu dan memerlukan mandat baharu untuk membentuk barisan pentadbiran yang baharu.
Itali dilanda krisis politik minggu lalu selepas Conte berdepan dua usul undi percaya. Beliau bertahan, namun kehilangan majoriti di Senat selepas bekas Perdana Menteri, Matteo Renzi, menarik sokongan partinya, Italia Viva daripada menyokong gabungan kerajaan.
Menurut kenyataan Pejabat Presiden, Conte menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Sergio Mattarella pada Selasa.
Kenyataan itu menyebut rundingan dengan pemimpin parti politik utama Itali akan bermula pada petang Rabu.
Mattarella kemungkinan akan menjemput Conte untuk berusaha mendapatkan sokongan seterusnya memperoleh majoriti sokongan yang baru.
Sekiranya Conte mendapat mandat, beliau mungkin akan membentuk gabungan yang lebih banyak dan menambah lima senator lagi.
BACA: Perdana Menteri Itali letak jawatan susulan pergolakan politik
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Itali
#PM
#politik
#presiden
#letak jawatan
#menteri
#COVID-19
#pandemik
#Giuseppe Conte
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan