Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Februari 15, 2021 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 15 Februari 2021.
1) COVID-19: Kluster baharu di New Zealand daripada varian UK
Dua jangkitan virus COVID-19 baharu di New Zealand yang menyebabkan pelaksanaan perintah berkurung di Auckland selama tiga hari didapati daripada varian United Kingdom (UK).
2) COVID-19: Hospital Perancis beralih ke 'mod krisis'
Ini sebagai persediaan kemungkinan peningkatan kes koronavirus susulan tekanan daripada varian baharu yang mudah menular.
3) COVID-19: Universiti Oxford mula percubaan vaksin pada kanak-kanak
Universiti Oxford buat julung kalinya akan melancarkan kajian baharu bagi menilai tahap keselamatan vaksin keluarannya bersama AstraZeneca pada kanak-kanak.
4) KDNK 2020 Singapura menguncup 5.4 peratus, unjuran tahun ini kekal
Ekonomi Singapura mengalami penguncupan 5.4 peratus pada 2020 berbanding pertumbuhan 1.3 peratus pada 2019, demikian menurut Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) republik itu.
5) Kehamilan Meghan, Ratu Elizabeth dan keluarga diraja Britain teruja
Ratu Elizabeth, Duke of Edinburgh, Prince of Wales dan seluruh keluarga gembira dengan khabar ini, kata seorang jurucakap Istana Buckingham kepada portal T&C.
6) Wanita bawa surat untuk Biden ditahan dekat Rumah Putih
Seorang wanita 66 tahun yang membawa surat untuk Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden ditahan ketika di pusat pemeriksaan berhampiran Rumah Putih di Washington DC, lapor Agensi Berita Sputnik.
7) Lebih 20 penduduk hilang dalam insiden tanah runtuh di Jawa Timur
Sekurang-kurangnya 23 orang dilaporkan hilang dalam insiden tanah runtuh yang menimpa kediaman penduduk di Desa Ngetos, Nganjuk, Jawa Timur, Indonesia petang semalam.
8) Thailand pertahan keputusan tidak sertai Covax
Kerajaan Thailand mempertahankan keputusannya untuk tidak menyertai inisiatif vaksin COVID-19 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atau dikenali sebagai Covax.
9) Bayi kembar dilarikan monyet, satu ditemukan mati di tepi parit
Seorang bayi perempuan yang baharu berusia lapan hari maut selepas dilarikan sekumpulan monyet di bandar Thanjavur, Tamil Nadu, India.
10) Rakyat China pilih Untuk beriadah sempena cuti Tahun Baharu Cina
Cuti panjang sempena Tahun Baharu Cina dihabiskan dengan pelbagai aktiviti rekreasi dan riadah dalam kalangan warga China.
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia #Singapura #United Kingdom #WHO #KDNK #Thailand #Amerika Syarikat #Joe Biden #perintah berkurung #COVID-19 #AstraZeneca #rakyat #varian baharu #vaksin #koronavirus