awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
Kemelut Pas-Bersatu: Kepimpinan tanpa titik penyatuan, kuasa jadi rebutan - Ilham Centre
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Hospital Perancis beralih ke 'mod krisis'

Astro Awani
Astro Awani
15/02/2021
01:52 MYT
COVID-19: Hospital Perancis beralih ke 'mod krisis'
Seorang wanita dibawa ke pusat vaksinasi COVID-19 di sebuah hospital di Melun, pinggir bandar Paris, 8 Feb, 2021. REUTERS
KEMENTERIAN Kesihatan Perancis meminta agensi kesihatan wilayah dan hospital di negara itu memasuki 'mod krisis'.
Ini sebagai persediaan kemungkinan peningkatan kes koronavirus susulan tekanan daripada varian baharu yang mudah menular.
Langkah itu juga bagi meningkatkan jumlah katil di hospital sedia ada, menunda pembedahan yang kurang penting dan menggerakkan sumber tenaga perubatan.
"Mod krisis ini perlu dilaksanakan di setiap wilayah, tidak kira tahap tekanan di hospital.
"Dan ia mesti dikuatkuasakan mulai 18 Februari ini," menurut pihak berkuasa kesihatan dalam satu memo pada Ahad.
Memo itu merupakan 'pendekatan jangkaan', melihat kepada tekanan berterusan daripada pandemik COVID-19.
Ia bertujuan memobilisasi semua pemain industri kesihatan di negara itu sekiranya terjadi penularan wabak ketika varian baharu dikesan.
Perancis melaporkan 21,231 kes COVID-19 baharu yang disahkan pada Sabtu, meningkat sedikit dari 20,701 pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Perancis sebanyak 3.44 juta, yang keenam tertinggi di dunia.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#perubatan
#koronavirus
#COVID-19
#kes positif
#pandemik
#varian baharu
#Perancis
#mod krisis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan